Friday, September 25, 2009
Selamat Hari Raya Semua!!
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 7:32 PM
Labels: Raya tahun ni tak dapat nak sambut dengan meriah sebab kesihatan yang amat menghalang....
Saturday, August 29, 2009
It` My Birthday
Hari ni birthday aku...Walaupun hubby takde kat sini..aku tetap meraikan bdey aku dengan doa semoga kami sentiasa bahagia dan hidup dirahmati Allah...Thanks pada teman2 di yang wish birthday kat facebook dan ada gak teman yang bagi gift tanda ingatan..sungguh terharu...
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 5:35 AM 2 YANG MELAPORKAN
Labels: Kek tu sekadar hiasan jer yekkk
Thursday, August 27, 2009
KECANTIKAN LELAKI & KEGAGAHAN WANITA
Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang baik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan YangAda pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...
Dan dimana Kegagahan Wanita???
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Sabda Rasulullah SAW:"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, makasesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
WallahualamOrang yg baik adalah org yg pernah melakukan kesalahan & belajar dari kesalahan itu untuk menjadi org yg lebih baik....
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 12:22 AM 2 YANG MELAPORKAN
Labels: Ingatan Untuk Semua
Sunday, August 23, 2009
2 Ramadhan yang shahdu
Pagi 2 Ramadhan aku termenung sorang2 di lama umah mak abah...teringat saper lagi? kat laki la........huwaaaaaaaa....lambatnya masa berjalan..dari awal subuh cuaca sejuk sangat.. dok lepak kat luar pon tgok langit mendung jer....suka sangar cuaca macam ni..tenang je...tapi bila ujan lebat turun susah la plak aku nak gi copink...
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 6:17 AM 0 YANG MELAPORKAN
Saturday, August 22, 2009
Kerja Mengecat
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 8:45 AM 0 YANG MELAPORKAN
Labels: Lepas mengecat tak boleh bangun..terbayang macam2..huh
Abang dah sampai Madinah...
Fesly..selamat berpuasa di hari pertama buat semua teman2...pagi tadi sahur simple2 jer..tapi tak makan banyak..separuh nasi pon tak habis..maybe fes day sahur...
Alhamdulillah..syukur pada Allah jam 1030malam tadi (530 petang saudi) malam ni aku terima sms dari abang. Akhirnya abang yang bertolak dari Jordan dah selamat sampai di Hotel Madinah setelah bersabar dengan ujian Allah di Jeddah Airport. Semua jemaah mengalami kesesakan di lapangan terbang Jeddah termasuk abang yang makan masa hingga 12 jam..Bayangkanlah berapa lama terpaksa semua jemaah bersabar. Semua ni disebabkan oleh system imigresen yang tiba-2 offline 2 hari lepas dan pemeriksaan terpaksa dijalankan secara manual. Jemaah yang hadir bukan saja dari Malaysia malah satu pelusuk dunia. Semua ni ujian Allah pada hambanya untuk melihat kesabaran mereka sebelum memasuki bulan Ramadhan. Malam ni malam pertama Ramadhan hadir..dan malam pertama berterawikh....Esok dah mula berpuasa..Abang akan berpuasa kemudian jika dilihat pada waktu jarak masa yang lewat 5 jam. Apapun doa aku semoga Allah memudahkan urusannya di sana dan memberi kesabaran untuk abang terus beribadah dengan penuh ketaqwaan...
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 7:54 AM 2 YANG MELAPORKAN
Friday, August 21, 2009
Kelebihan Solat Tarawikh
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama-Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua-Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga-Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat-Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima-Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam-Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh-Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 7:44 AM 0 YANG MELAPORKAN
Labels: Nak cuba solat tarawikh tetiap malam jika anak aku x buat hal kat masjid
Welcome Ramadhan
Untuk suamiku...semoga Ibadahmu di Tanah Suci Diberkati Allah..Dan Aku menanti kepulanganmu untuk sama2 menunaikan puasa...
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 6:00 AM 1 YANG MELAPORKAN
Thursday, August 20, 2009
Renungan Ramadhan.....
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 6:06 AM 2 YANG MELAPORKAN
Wednesday, August 19, 2009
Abang Di Jordan...
Hari ni abang email kat aku schedule perjalanan dia di Jordan sebelum berangkat ke Madinah malam ni :-
1.Laut Mati (bahasa Ibrani: ים המלח; bahasa Arab: البحر الميت)
Merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Pantainya berada di kedudukan serendah 418 m di bawah aras laut, kedudukan terendah di atas daratan,[2] dan juga tasik masin yang terdalam, sedalam 330 m. Airnya mempunya kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan hampir 30 % [3]. Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh kerana itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya dan kapal tidak boleh berlayar di atas permukaannya. Tasin ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.
2.Ashabul Kahfi
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Kisah Ashabul Kahfi (bahasa Arab: أصحاب الكهف) merupakan suatu kisah benar mengenai tujuh orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun beberapa ratus tahun kemudian.
Kisah dalam Islam
Kisah Ashabul Kahfi dikatakan berlaku di sekitar suatu tempat yang kini digelar Gunung Pion (Mt. of Pion). Di sana terletak sebuah gua yang diberi nama Gua Tujuh Orang Peradu (The Cave Of The Seven Sleepers) yang terletak di Efesus (Ephesus), Turki. Kisah tersebut telah berlaku sekitar lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Berkenaan dengan sejarah itu, Allah telah menerangkan kisah yang terjadi terhadap peradu-peradu itu dalam al-Quran. Kisah itu dikatakan berlaku di tempat berkenaan pada zaman pemerintahan Maharaja Dikyanus (Decius) sekitar tahun 249 sehingga 251 Masihi. Manakala peristiwa itu berakhir 309 tahun kemudian dan mula menjadi buah mulut masyarakat dunia khususnya kepada penganut agama Kristian dan Islam setelah terjaganya peradu-peradu beriman itu dari tidurnya pada zaman pemerintahan Maharaja Theodosius II yang beragama Nasrani (Kristian) sehinggalah sekarang. Pada zaman Theodosius itu, setelah berakhirnya peristiwa ajaib itu, sebuah tempat ibadah (Gereja Nasrani) dahulu telah pun dibina.
Firman Allah dalam Al-Quran:
"(Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)".
"Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya".
"Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji; siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu)".
"Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah dan petunjuk".
3. kubur para sahabat nabi
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 1:21 AM 0 YANG MELAPORKAN
Tuesday, August 18, 2009
Hilang selera
Sejak hubby g umrah semalam selera makan pon kurang. Perut lapar macam tahap apa pon tak tau...Lepas abang sampai Bangkok malam tadi untuk transit Ke Amman, Jordan abang ada main2 sms ngan aku..rasa happy sangat..Tapi abang kata mahal SmS Antarabangs mahal..baru 5 kali dah kena potong RM10....Huh...mahal sungguh...tapi takpe...sekadar kabar berita pon dah memadai sebenarnya. Petang tadi aku nampak abang on YM. Apa lagi cepat2 ah aku chatting ngan abang. Abang pakai laptop Usamah (anak BIL) yang study kat Jordan. Rupa2nya abang dah sampai Amman, Jordan pagi tadi. Masa aku chatting ngan abang masa tu waktu Malaysia 330 pm abang lak kat sana pukul 10 am. Jarak dalam 5 jam waktu Malaysia dengan Arab Saudi. Lama jugak dapat sembang ngan abang. Abang stay rumah sewa Usamah satu malam. Esok malam akan bertolak ke Madinah plak...Abang kata ada rezeki nak ajak aku ngan anak2 lak pergi sama..InsyaAllah ye bang...
Laksa masakan mak..muahhh.....seddappp sangattt
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 6:48 AM 5 YANG MELAPORKAN
Sunday, August 16, 2009
Selamat Jalan Hubby
Hari ni hubby dah berangkat pergi mengerjakan Umrah. Akhirnya impian hubbie selama ni tercapai...Syukur pada Allah yang telah memberikan rezeki Nya.. Pukul 1230 aku dan family bertolak ke KLIA. Kita orang janji jumpe kat Masjid KLIA. Hubbie gi ngan MIL dan BIL dia..kul 130 kami sampai kat masjid terus je solat Zuhur sementara menunggu yang lain2 sampai. Keluarga BIL sampai dekat kul 2...adalah 2-3 keluarga yang menghantarnya...taklah ramai sangat..maklumlah hari bekerja. Sepupu2 dan sahabat2 lain datang kat rumah je bagi meraikan mereka...Kul 3 hubbie dah cek-in...kita orang sempatla snap2 masa seblm dorang masuk ke departure hall...Masa hubbie dah start salam2 aku dah tak tahan air mata...sedih yang teramat sangat. Maklumlah 9 tahun kawen tak pernah kena tinggal lama..Hubbie salam aku last sekali lepas habis cium anak2. Aku peluk hubbie kuat2 sampai hubbie pon nangis sama ngan aku..sadis sangatla saat tu....Yang aku mampu hanyalah doa mengiringi perjalanan hubbie,MIL dan BIL...Anak aku Faiz yang umur 2 tahun lebih masih x mengerti apa2 hanya senyum tengok abah lambai tangan. Yang nampak sedih kaklong ngan kakngah(naemi) la.... Ya Allah..Kau Lindungilah Perjalanan Suamiku dan Keluarganya...Sesungguhnya hanya padamu aku memohon perlindungan dan pertolongan...Berkati dan rahmatilah ibadah Umrahnya serta berilah mereka kesihatan dan mudahkanlah segalah urusan mereka....amiiinnnn......
Hubby ngan Aku....
Sempat post masa nak solat zuhurAnak2
Hubbie cek in
Sebelum masuk....
Keluarga Hubbie
Hubbie nak gi dah....
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 6:30 AM 0 YANG MELAPORKAN
Labels: Ku menghitung Hari....
Saturday, August 15, 2009
SERVICE KERETA
Receiption corner
Nilah internet corner tuh..
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 1:57 PM 6 YANG MELAPORKAN
Thursday, August 13, 2009
H1N1
Berita tentang H1N1 makin serius. Tiap minit tak putus2 citer pasal mende ni...Apa yang dah jadi sekarang ni? Kematian makin meningkat...virus merebak melalui udara..tak boleh nak cakap apa...yang mampu kite buat cuma mengelakkan diri kite ngan family kite dari terdedah kepada orang ramai..sekarang ni anak2 pon dah tak berani kite nak bawa pergi shopping..kite sendiri pon nak beli barang beli apa yang patut je..tak de nak window2 shopping....kite kena ingat Allah dah bagi bala dan ujian kat negara kita...pada umat Islam banyakkan baca surah Al-Kahfi...dengan izin Allah dapat hindar dari segala penyakit....
Aku terima SMS pagi ni tentang cara hindar H1N1 :
"Sekarang mangsa selsema babi dah cecah 54 orang meninggal setakat ari ni. So, kita kena serius cegah bukan merawat aje. Antibodi badan kite hendaklah kuat mengikut amalan perubatan yang dirahsiakan oleh bangsa lain "MEMAKAN BAWANG PUTIH" sebanyak mungkin bersama makanan harian lain adalah antibodi terbaik untuk mencegah penularan ini Kita mesti serius sebab kenapa orang melayu yang ramai mati."
Dan ada satu http:// ohbayu.com...dia kata
" cara hindari H1N1 adalah dengan meminum air kelapa yang telah direndam dengan buah kurma selama 2 jam...Munasabah jugakla..sebab buah kurma kan penawar penyakit.."
Kita cubalah mana yang boleh bagi hindar penyakit ini...InsyaAllah....
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 6:49 PM
Wednesday, August 12, 2009
Sukanya dia............
Mula2 aku suapkan je...
Naemi nak makan sendiri lak
Faiz lak nak makan sendiri....
Licin.......Alhamdulillah.........
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 1:09 AM 1 YANG MELAPORKAN
Tuesday, August 11, 2009
Pak Uteh....
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 12:57 AM
Monday, August 10, 2009
Ini Yang Selalu Terjadi......
CINTA :
dialog ringkas:
Ani : "Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau Muda?"
Ena : " Surat warna Hijau Muda itu bererti "Aku Cinta Padamu"
Ani : "Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?"
Ena : "itu melambangkan Suasana Pilu"
Ani : "Kalau kertasnya berwarna Merah?"
Ena : "Asmara Yang Membara"
Ani : "Kalau kertasnya warna Putih?"
Ena: "Suci, Bersih dan Jujur "
Ani : "Kalau kertasnya Kuning?"
Ena: "Melambangkan Hati Yang Gersang"
Ani : "Kalau Merah Jambu?"
Ena: "Sedang Jatuh Cinta"
Ani : "Kalau kelabu?"
Ena : "Melambangkan Hati Yang Sedang sedih"
Ani : "Kalau kertasnya Hitam?"
Ena : "Itu namanya kertas karbon.. bodoh!
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 8:41 PM 0 YANG MELAPORKAN
Labels: Apa Yang Penting? Kerjasama...........(ala2 wonderpet..hihi)
Friday, August 7, 2009
Selamat Tinggal Sayang...
Hati sayu dan sedih sebab terpaksa berpisah dengan dia...Hampir 2 tahun aku menjaga dan membela dengan penuh kasih sayang..akhirnya aku terpaksa akur dengan keadaan. Aku tidak dapat lagi meneruskan hidup bersamamu. Kerana kau telah menunjukkan ketidakselesaan kepada anak-anakku...Walaupun aku rasa sedih dan aku sudah punya pengganti yang baru, tapi aku tetap sayangkan kau.....Terima kasih kerana kau telah membawaku sejauh seberang laut )Singapore jer..) setinggi gunung (Cameron highland jer..) sehingga kau terpaksa menanggung kesakitan yang amat sangat.....Terima kasih sayang.........
Inilah pengganti dirimu...sayang..........(gambar sekadar hiasan..hiks)
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 9:40 PM 2 YANG MELAPORKAN
Gather
Malam tadi ex-member masa study kat UPM datang rumah..happy sangat2..Reny dan Azy...dia orang lah kawan dan sahabat since masuk UPM tahun 1997..dari Diploma hinggalah tamat Ijazah...serumah sekereta dan sekolej....Bila 3 isteri ni bertemu gelak ketawa pecah sunyi kawasan rumah....mana taknya...habis kisah silam terkeluar....rasa macam nak re-union jumpa balik member serumah yang lagi 8 orang..tak tau mana pergi..yang ada pon zila dan jojo yang still ctc tapi susah nak jumpe...Aini..Kak Long...Eja...Bedot(jupe tapi lari2)....dan kakpah....tak tau apa cerita....Aku jamu dia orang makan Pizza jer..sorry la tak dapat nak snap2 malam tadi...coz borak nye pasal sampai lupa nak snap2...pic ni pon amek dari facebook...ye zi and reny...see u all next time ya...
Lain kali kite jumpe or gather2 jangan lupa snap2 ye....
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 12:37 AM 0 YANG MELAPORKAN
Labels: Nanti kita jumpe lagi....