? ??????????????Miss Daisy? ????? ?? ???Rating: 4.6 (10 Ratings)??30 Grabs Today. 14199 Total Grabs. ?????
?Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????We could Be Dreaming? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??23 Grabs Today. 4092 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, April 29, 2009

Purnama Merindu

Bermaknakah tiap baris kata-kata
Ataukah hanya dibibir saja
Bersungguhkah rindu yang engkau pamerkan
Ataukah sekadar hanya lakonan
Rindu... telah melekat dalam hatiku

Walau awan berlalu
Rinduku... tak berubah... arah
Purnama mengambang... cuma berteman

Bintang berkelipan dan juga awan
Siapa tahu...Rindu yang mencengkam di hatiku
Aku meminta pada yang ada

Aku merindu pada yang kasih
Aku merayu padamu yang sudi... merindu ku
Purnama mengambang berbagai warna

Bila embun pun datang bintang purnama
Tinggallah aku sendirian bertemankan malam sepi
Aku meminta pada yang ada

Aku merindu pada yang kasih
Aku merindu padamu yang sudi memujuk
Hiaskanlah cinta di jari manisku

Sinarkan bagai gemerlap kencana
Tandakanlah kasih dimercu kalbu
Serikanlah purnama yang merindu

p/s: Teringat lagu masa cintan dulu ngan hubby.......

Sunday, April 26, 2009

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah


Siti Nur Bahyah berkata,



1) P yang pertama ialah “puji” iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah “peluk” yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah “penghargaan” di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) “Perhatian” adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili “persefahaman”.

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud “pergaulan” iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah “percutian” di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah “permohonan” iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.
“Sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat”

Petro Sains KLCC

Seronok melihat dan mengalami dunia sains yang serba canggih...walaupun bayaran mahal tapi penjelajahan yang di alami amat berbaloi...



Di Taman Permainan Yang Diperbuat daripada barang2 recycle
Faiz sedang mereka cipta kereta formula F1 nye sendiri Naemy menggunakan daya sentuhan bagi mencipta corak seni melalui gelembung di skrin Di taman molekul Dinosaur Park

Kereta bajak tanah
Kereta canggih dari bahan aluminium dan besi

Kereta F1
Pelantar Minyak

Bersiar-siar melihat Masjid Kristal Terengganu

Sekian lama , hanya mendengar di sebalik corong radio dan TV kewujudan dan keunikan Masjid Kristal atau lebih mendalam dikenali sebagai Taman tamadun islam..Akhirnya kami sekeluarga mengambil peluang melawat tempat indah ini....