? ??????????????Miss Daisy? ????? ?? ???Rating: 4.6 (10 Ratings)??30 Grabs Today. 14199 Total Grabs. ?????
?Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????We could Be Dreaming? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??23 Grabs Today. 4092 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, July 31, 2009

Bowling Tournament

Hari ni rasa happy...takut...gigil and excited pon ader coz today join bowling tournament..Our tournament schedule are :-
************************************************

Date 01/08/09 (Saturday)
Time 11am - 1pm
Venue Alamanda, Putrajaya
Our Vs Petronas Dagangan Berhad Central Region
Games 3 games
Joined By

1. Me (Lynda)
2. Zuli
3. Eddy
4. Fauzun

Winner Will be inform later..(lom main lagi da.....)
God, give me a strentgh.........and my team dont give up...go-go-go Petro Mart.....ahaks,..ayat apa tuh.....

Wednesday, July 29, 2009

Kisah Penuh Iktibar

Tak Perlu Rumahtangga Seindah Nabi Adam,Jika Tidak Pandai Menghargai Hawa,
Tak Perlu Mencari Teman Secantik Balqis, Jika Diri Tak Seindah Nabi Sulaiman,
Mengapa Mengharap Teman Setampan Nabi Yusuf,Jika Kasih Tak Setulus Zulaikha,
Tak Perlu Diri Menjadi Seteguh Nabi Ibrahim, Jika Tak Sekuat Hajar,
Mengapa Didamba Teman Hidup Se-Istimewa Siti Khadijah,
Jika Diri Tak Se-Sempurna Rasulullah S.A.W

Untuk Renungan Bersama..... Kisah Yang Penuh Iktibar, Semoga Kita Dapat Mengambil Pengajaran Daripadanya.
Wanita: Menurut Kamu, Saya Ini Siapa? Lelaki: (Berfikir Sejenak, Lalu Menatap Wanita Dengan Pasti) Kamu, Tulang Rusukku! Kerana Allah Melihat Bahawa Adam Kesepian. Saat Adam Sedang Lena Tidur, Allah Mengambil Rusuk Adam Dan Menciptakan Hawa. Semua Lelaki Mencari? Tulang Rusuknya Yang Hilang Dan Saat Menemukan Wanita Untuknya, Tidak Lagimerasakan Sakit Di Hatinya.... Setelah Berkahwin, Pasangan Itu Mengalami Masa Yang Indah Dan Manis Untuksementara. Setelah Itu, Pasangan Muda Ini Mulai Tenggelam Dalam? Kesibukan Masing-Masing Dan Kelelahan Hidup Yang Ada . Hidup Mereka Menjadi Membosankan... Kenyataan Hidup Yang Kejam Membuat Mereka Mulai Menyisihkan Impian Dan Cinta Satu Sama Lain. Mereka Mulai Bertengkar Dan Pertengkaran Itu Mulai Menjadi Semakin Panas.. Pada Suatu Hari Pada Akhir Sebuah Pertengkaran Wanita Lari Keluar Rumah. Saat Tiba Di Seberang Jalan, Dia Berteriak 'Kamu Tidak Cintakan Saya Lagi!!!'. Lelaki Sangat Membenci Ketidakdewasaan Wanita Dan Secara Spontan Juga Berteriak 'Saya Menyesali Perkahwinan Ini! Kamu, Ternyata Bukan Tulang Rusukku!!!' Tiba-Tiba Wanita Terdiam, Dan Berdiri Kaku Untuk Beberapa Saat. Lelaki Menyesali Akan Apa Yang Sudah Dia Lafazkan, Tetapi Seperti Air Yang Telah Tertumpah Tidak Mungkin Untuk Diceduk Kembali. Dengan Berlinang Air Mata, Wanita Kembali Ke Rumah Dan Mengambil Barang-Barangnya, Bertekad Untuk Berpisah. 'Kalau Saya Bukan Tulang Rusukmu, Biarkan Saya Pergi? Biarkan Kita Berpisah Dan Mencari Pasangan Sejati Masing-Masing' . Lima Tahun Berlalu. Lelaki Masih Belum Lagi Berkahwin, Tetapi Berusaha Mencari Khabar Akan Kehidupan Wanita. Wanita Pernah Ke Luar Negeri Tetapi Sudah Kembali. Dia Pernah Berkahwin Dengan Seorang Asing Dan Bercerai. Lelaki Agak Kecewa Bila Mengetahui Wanita Tidak Menunggu Sepertinya. Dan Di Tengah Malam Yang Sunyi, Dia Meminum Kopinya Dan Merasakan Sakit Di Hatinya. Tetapi Lelaki Tidak Sanggup Mengakui Bahawa Dia Merindukan Wanita. Suatu Hari, Mereka Akhirnya Bertemu Kembali. Di Airport, Tempat Di Mana Banyak Terjadi Pertemuan Dan Perpisahan, Mereka Dipisahkan Hanya Oleh Sebuah Dinding Pembatas. Lelaki: Apa Khabar? Wanita: Baik..... Kamu Sudah Menemui Tulang Rusukmu Yang Hilang? Lelaki: Belum. Wanita: Saya Akan Terbang Ke New York Dengan Penerbangan Berikut. Lelaki: Saya Akan Kembali 2 Minggu Lagi. Telefon Saya Kalau Kamu Berkesempatan. Kamu Tahu Nombor Telepon Saya Kan ? Tidak Ada Yang Berubah. Wanita Tersenyum Manis, Berlalu Di Hujung Lafaz 'Selamat Tinggal..' Satu Minggu Kemudian, Lelaki Menerima Khabar Wanita Adalah Salah Seorang Korban Menara Wtc... Malam Itu, Sekali Lagi, Lelaki Meneguk Kopinya Dan? Kembali Merasakan Sakit Dihatinya. Akhirnya Dia Sedar Bahwa Sakit Itu Adalah Kerana Wanita,Tulang Rusuknya Sendiri Yang Telah Dengan Bodohnya Dia Patahkan. Kita Menempiaskan 99% Kemarahan Walau Kepada Orang Yang Paling Kita Cintai. Dan Akibatnya Adalah Penyesalan. Seringkali Penyesalan Itu Datang Di Kemudiannya, Akibatnya Setelah Kita Menyedari Kesalahan Kita, Semua Sudah Terlambat...
Kerana Itu, Jagalah Dan Sayangilah Orang Yang Dicintai Dengan Sepenuh Hati... Sebelum Mengucapkan Sesuatu Berfikirlah Dahulu, Apakah Kata-Kata Yang Kau Ucapkan Akan Menyakiti Orang Yang Dicintai, Kira Merasakan Akan Menyakitinya,
Sebaiknya Jangan Pernah Dilafazkan. Kerana Semakin Besar Risiko Untuk Kehilangan Orang Yang Dicintai. Jadi Berfikirlah, Apakah Kata-Kata Yang Akan Dilafazkan Sebanding Dengan Akibat Yang Akan Diterima

Kisah Isteri Cantik Dan Si Pengemis

Hari ni aku nak kongsi cerita teladan dengan u`oll...

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

Kemaafan Dendam Yang Terindah...

Layan jap lagu nih....

Kehangatan mentari ku rasakan
Tak sehangat api perbalahan
Ku ketuk pintu hati
Senyap dan sunyiT
Tiada jawapan yang ku perolehi

Dinginnya malam itu bagai salju
Tidak sedingin perasaanmu
Kau sengaja membina dinding pemisah
Di antara kita tak lagi bersemuka

Kekasih ku...
ku rasakan perlu
Menitip surat buat tatapan mu
Sekali ini aku rela merendah diri beralah
Agar perhubungan terjalin semula

Kekasih ku... tak mungkin ku tahu
Apa tersirat dihati kecil mu
Andainya aku yang bersalah Maafkan saja...
Kemaafan dendam yang terindah...

Kehangatan mentari dingin salju
Bertukar ganti hari ke hari
Aku masih di siniSabar menanti
Terbuka kembali hatimu yang terkunci

Kemaafan... kemaafan dendam yang terindah...

Thursday, July 23, 2009

Fadhilat Bulan Syaaban

Sabda Rasulullah s.a.w ketika didatangi Malaikat Jibril pada malam Nisfu Syaaban, Jibril seraya berkata, ” Ya Muhammad, malam ini Allah telah membukakan pintu2 langit dan Allah membukakan pintu2 rahmat (kasih sayang) maka bangunlah kamu dan solat. ( Disaat2 dekat hari kiamat Allah akan mencabut dari sekelian kamu rasa rahmat, manakala yang timbul nanti hanya tinggal rasa kebencian.)
Setelah engkau bersolat, angkat kepala dan 2 tanganmu ke langit malam ini.
Allah telah membuka 300 ( rahsia Allah, 300 ribu/juta atau lebih) pintu rahmat.
Sesungguhnya rahmat Allah mencakupi seluruh alam. Maka Allah akan mengampunkan dosa semua tetapi tidak kepada mereka yang melakukan syirik ( orang yang berbomoh, yang ke tukang tilik), yang sering bermusuhan atau saling membenci, yang berkekalan minum khamar, orang yang berterusan melakukan zina dan tidak bertaubat dari zinanya, yang memakan riba, yang tidak menghormati ibu bapa, dan yang suka mengumpat (mereka semua ini tidak akan mendapat rahmat Allah melainkan dengan bertaubat dengan seikhlas2 taubat ), terkecuali sesiapa yang dikendaki Allah.”
Rasulullah bersabda, ” Tidak ada dosa bagi orang yang beristighfar.”
Sabdanya lagi, “Kamu (umat Rasulullah s.a.w) punya 3 ayah dan 3 ibu. Pertama, ayah ibu yang melahirkan kamu. Kedua, ayah ibu yang melahirkan isteri/suami kamu. Ketiga, guru & isteri gurumu adalah ayah ibumu (wajib dihormati)

I Just Want You To Know...


Send a Teddy Bear Note at WiddlyTinks.com

Wednesday, July 22, 2009

DURIAN BELANDA BOLEH MERAWAT PELBAGAI PENYAKIT

Buat pengetahun you all....


RAMAI yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.

Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong.
Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.

Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis.

Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.
Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.

Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.
Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyanadigalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.

Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf. Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline dan tannin.

Tuesday, July 21, 2009

Selamat Pengantin Baru Maha Fadzlin & Suami

Selamat Pengantin Baru Buat Maha Fadzlin (Alin) dan suami...Sorry coz akaks tak dapat attend your wedding atas alasan ntah apa pon tak ingat...Anyway..semoga berbahagia selalu dan semoga Allah berikan keberkatan dan dimurahkan rezeki....
Pic Ehsan dari Alin : copy from facebook ....cantiknya Alin....

Office Aku Ke Nih ?

Cuba tengok opis aku ke nih?

Produk kilang aku.....(mock Up)
Ni la meja aku ngan staff aku...
Meja director 2 aku...yang jrg2 masuk Meja director 1 aku yang jugak jrg msuk
Meja aku depan pintu..
Bilik engineer ngan designer
Meeting room yang ala kadar...
Nilah production station....

Apapun keadaannya...nilah tempat kerja aku yang sentiasa happening ..bos yang memahami w/p kadang2 nyampah pada sst perkara..dan staff2 yang memang happening giler...Thank`s u `ll...

Sunday, July 19, 2009

T.E.N.T.A.N.G. A.K.U.

Perkara dalam hidup yang paling aku suka :-
- Semestinya kebahagiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi
- Aku suka makan angin..kalau boleh nak jalan-2 g oversea..
- Aku suka sangat pi copink..w/p window copink..tapi window copink pun mesti ada yang nak beli
- Aku suka masak untuk suami dan anak-anak..
- Aku suka tolong dan bantu orang yang dalam kesusahan w/p aku rasa orang tu tak pernah menghargai bantuan aku..
- Aku suka senyum kat orang..biarlah orang tu tak balas dengan muka yang asem...
- Aku suka beli baju / kasut dan make up..tak tau kenapa....
- Aku suka imbas kenangan lama bila dok mengelamun...

Perkara yang paling aku tak suka :-
- Aku paling benci manusia yang ego dan sombong
- Aku benci orang yang mengata orang lain sedangkan dia sendiri tak cukup sempurna
- Aku benci orang yang tak menghargai sesuatu yang diberikan kepadanya.
- Aku benci orang yang suka menunjuk-nunjuk
- Aku benci orang yang suka ikut mood...suka2 nak masam..suka2 nak senyum..meluat la...
- Aku benci orang yang tak ada pendirian
- Aku benci orang yang tidak menghormati orang lain..
( tapi manusia punya sikap macam2..betul tak?)

Binatang yang paling aku suka :-
- Kucing (pernah beli parsian RM400.00 dari aunty Ilyka tahun 1998 dan dah pun mati May lalu)
- Arnab ( tapi malas nak bela sebab penjagaan dia susah)
- Hamster (zaman study ada bela 3 ekor -lulu-lili-lala) semua mati sebab tua
- Burung Kakaktua ( Tak mampu le nak beli)

Binatang yang paling aku benci/geli/tak suka :-
- Cacing/ulat/lipas ( kalu tegk binatang ni mesti naik darah sampai kepala)
- Harimau/singa dan segala binatang buas le..
- Serangga cam lalat

Makanan yang aku suka
- Nasi berlauk tapi lauk yang tidak berunsurkan sejuk yang boleh sebab sakit urat.
- Mee bandung
- Sphagetti
- Chicken Chop
- Nasi Beriyani
- Sambal sotong / udang

Makanan yang aku kurang atau tidak suka
- Makanan berunsurkan sejuk ( ubi / kangkung)
- Lauk daging kambing (x pernah lg try makan)
- Lauk yang berunsukan terlalu manis.

Friday, July 17, 2009

Happy Weekend

Just To Wish To All My Blogger Friends @ Follower
Have A Nice Weekend and Drive Carefully Wherever You Go...
And Will C U `All on Coming Monday........

Friday, July 10, 2009

Makan Petang

Cos Of nak diet sangat..aku menjadi kelaparan tahap Naruto...ekekekek.....at last aku ajak hubby gi makan kat arena jusco cheras selatan (belakang umah jerr...) Before amek anak aku kat taska, kita orang lepak makan2 dulu...


Menu Bie... (grilled Chicken BBQ)

Menu Aku (Meatball Sphagetti)

Apapun...tq bie...cos memahami kelaparan isterimu ini...hehehehehe....

Thursday, July 9, 2009

To Be A Despatch

Hari ni Aku...jadi despatch bertauliah.. (ahakssss)
Hari ni aku terpaksa-rela jadi despacth ( Dah memang hari2 pon keje aku macm ni...nak buat caner kan...cari makan...heeeee)
- Nak pi kwsp kajang pi bayar EPf yang tertunggak
- Nak pi Maybank pi bayar socso yang tertunggak
- Nak pi telekom bayar bil air ( kang takde air payah pulak...)
- Nak pi The Mines Maxis centre..nak bayar bil maxis

Fuhhh...agak2nya kol berapa aku balik opih ni?

Wednesday, July 8, 2009

Result Tajul Muluk

Norazlindah telah menggunakan Tentang Wanita(Kajian Tajul Muluk)!
Keputusannya adalah seperti berikut :


Anda dilahirkan pada 29 Ogos 1978, Selasa.

Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun, pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati.Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi senang mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain.Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal.Dalam soal kewangan, dia pandai berjimat, tidak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.


(?*^**>?(^$**%#%&&**???^%$&())%###&@$%&)

Hari Ni Akueee

Hari ni boss.........


Hari ni aku......




Dan Aku Juga.......(rindu le kat hubby yg otw balik kl dr trganu...drive careful bie...)


Monday, July 6, 2009

Boss Aku Moody

Since last week boss aku sorang ni...moody semacam..normally dia selalu jugak gurau-2 ngastaff..Tetiba muker dia jadi 1 juta masalah yang sapah tak tau..Yelah, takkan dia nak citer kan..Tapi, bila dia masuk dengan membawa seribu satu juta masalah..tak nak menegur..senyum apatah lagi, kadang2 tension nya kerje macam ni..Adakah :
1. Dia ada hati nak kawen lagi?
2. Duit dia habis kot coz melabur kat syarikat...
3. Dia ada masalah ngan tempat kerja dia lagi satu kot..
4. Dia mungkin tak nak semesra dulu, takut staff naik kaki atas kepala dia ?
5. Gaduh ngan bini..(ekekekeke)

Apapun bos..jangan bawa masuk masalah dalam opis ni..Kita orang x happy la keje...Boss kena tenang dan bawa banyak2 bersabar...

Salam Buat Bos
Staff PMSB...
(Wakakakakakaka)

Baju Raye Tahun ni

Akhirnya..aku berjaya melengkapi set tema raya tahun ni ..tema "cekelat"..yang sebenarnya kurang diminati oleh aku..tapi sebab hubby aku mengidam kaler ni since last year..let him to choose his feberet kaler...Tak moh jadi cam tahun lepas...rushing mencari baju raya yang tak sempat nak menempah sebab last minute....


Kaler ni same je ngan anak2 gadis aku


This my second day raya at Terengganu leee
Baju ketiga....(eheheehkk....jangan marah bie)Pic baju you bie..lupe la nak snap..next week la yer...dah tertinggal kat dalam almari kat kampung....hehehehe

Friday, July 3, 2009

Balik Kampung

Gembiranya rasa hati...hari ni balik kampung...yeehaaa.....
My schedule when balik kampong :-

Today

04.00 - 07.00 Nak main basikal keliling kampong ngan kaklong & Naemi

07.00 - 08.00 Solat, dinner ngan mak abah, mandi2 anak2

08.00 - 11.00 Gi copink baju raya nak tempah sebelum ujong minggu ni dan brg2 lain

11.00 - 12.00 Sembang2 , buat ketupat ngan mak...ngeeeeee

12.00 Tidooo le apa lagi..............

Tomorrow

10.00 Bawa faiz gi potong rambut...nak buat style apa ekk?

11.00 - 2.00 Rehat2 tolong mak masak ke...budak2 biarla dia kenduri umah atok dia

2.00 - 4.00 Buat homework kaklong

4.00 - 6.00 Rest ngan family..apa2 je la

8.00 Balik KL....bye mak bye kak long, bye abah...

:- Jadi ke schedule aku ni...kite tengok mgu depan...

Kehidupan


glitter-graphics.com

Kadang-kadang hidup kite ni membosankan...
Kadang-kadang hidup kite ni cukup membahagiakan...
Kadang-kadang hidup kite ni terlalu banyak dugaan...
Kadang-kadang hidup kite ni enjoy sangat sampai lupa kisah silam..
Kadang-kadang hidup kite penuh dengan rasa tak puas hati..
kadang-kadang hidup kite ni penuh dengan rasa kasih sayang..
kadang-kadang hidup kite ni penuh dengan rasa benci...
kadang-kadang hidup kite ni seperti bidadari dibelai dan dimanja...
kadang-kadang hidup kite ni rasa macam tak dipeduli...
kadang-kadang hidup kite ni selalu rasa gundah gulana...
Macam-macam perasaan yang timbul dalm hidup ni.....
Tapi, bukankah itulah asam garam dan gula dalam kehidupan...
Apa keadaan sekali pun...
Hidup mesti diteruskan dan kena selalu ingat..
Apa yang baik dan buruk itu semua datangnya dari Dia yang maha esa...

glitter-graphics.com

Thursday, July 2, 2009

My Page Pet


pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets

Wednesday, July 1, 2009

Magazine - New Edition

Majalah baru..jangan lupe beli edisi terbaru...(ekekekekeke)









Ada talent tak....sorry...saje 2.....