Wednesday, December 22, 2010
Al Fatihah Buat Puteri Mama
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 11:44 PM 10 YANG MELAPORKAN
Labels: Sayu hati Allah sahaja maha Mengetahui..............
Friday, November 5, 2010
Wednesday, August 18, 2010
Bakul Mengkuang For Raya Gift
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 5:50 AM 0 YANG MELAPORKAN
Tuesday, August 10, 2010
Ramadhan ....Kau Kembali.....
Ya Allah...kau berikan ku kekuatan dan ketabahan melalui kehidupan yang semakin mencabar..kau berikan ku kesabaran dalam segala ujian yang kau berikan untukku meneruskan hidup...dan kau panjangkan usiaku dan kurniakan ku kesihatan untuk bertemu lagi bulan mulia Ramadhan...Ya Allah..berilah aku keberkatan di bulan Mu yang mulia ini..dan berilah aku kemurahan rezeki Mu dalam keluargaku dan sesungguhnya hanya pada Mu tempat ku meminta dan pada Mu tempat memohon.....berilah aku ya Allah kesihatan untuk aku terus beribadah kepada Mu.....
Nota layang:
Semua rakan2 salam ramadhan..............................
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 8:03 PM 0 YANG MELAPORKAN
Majlis Cukur Jambul Baby Hadif
Alhamdulillah...bersyukur sangat, akhirnya majlis yang diharapkan tercapai jugak....Thanks to olz yng terlibat dalam penat lelah membantu dalam menjayakan majlis baby Hadif ku ini....
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 7:50 PM 1 YANG MELAPORKAN
Friday, August 6, 2010
My dreams Teddy ....
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 1:47 AM 0 YANG MELAPORKAN
Thursday, August 5, 2010
Bunga Telur Teddy Buatan Sendiri
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 1:10 AM
Labels: leh ke buat biz ni....
Tuesday, June 22, 2010
Perkembangan bayi 2-3 bulan
umur 2 bulan
Ia sudah bisa miring ke kanan dan ke kiri. Ia sudah dapat membedakan muka dan suara. Dengan matanya, ia dapat mengikuti gerakan benda yang terletak di dekat matanya. Ia dapat memegang benda yang diberikan selama beberapa detik, dan melepaskannya kembali. Ia dapat meminta perhatian dengan menggerakkan lengan dan kakinya. Dan ia akan menghisap setiap benda yang dipegangnya.
umur 3 bulan
Ia dapat mengangkat kepala dan tubuhnya jika diletakkan dalam posisi tengkurap. Memegang mainan dengan kedua tangannya. Ia melihat kesana-kemari, dan ia akan mencoba mencari suara atau musik jika mendengarnya. Ia dapat duduk dalam beberapa waktu jika ditunjang. Ia menegakkan kepalanya ketika didudukkan, dan menangis jika ditinggal
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 5:52 AM 2 YANG MELAPORKAN
Monday, June 21, 2010
Baby Hadif Nak Masuk 3 Bulan....
Pejam celik pejam celik..kejap jer baby Hadif nak masuk 3 bulan...dalam berapa minggu ye..dalam 2 minggu je lagi..genap 30 june genaplah baby Hadif berusia 3 bulan...hidup mama pula tak berhenti2 dengan kerja yang takde penyudahnya,,sampai ahad pon terpakasa tinggalkan Hadif dengan abah..Tq ye abah kerana paham dengan situasi mama...maklumlah 2 bulan tinggalkan office berlambaklah kerja yang tertangguh, tapi Alhamdulillah aku boleh hadapinya dengan tenang....barulah kerja boleh settle dengan proper..heheheh.... nak ber online di office berapa saat jer boleh jengah facebook dan email...kat rumah bila Hadif mood ok..bolehlah layan...kalu tak..offline jugak....
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 6:33 AM 4 YANG MELAPORKAN
Friday, June 11, 2010
Bola Dah Mula..........
Nampaknya musim demam bola dah pun bermula...nampak gaya penuhla ruang makan kedai2 mamak...mana2 kedai dan rumah asyik dengan bunyian Goal!!!!.....Banyak impak yang boleh kite tengok akibat musim bola ni....
Antaranya ialah :-
1. Pastinya doktor-doktor akan didatangi oleh pekerja-pekerja yang meminta MC. Kononnya demam, tapi sebenarnya tak leh tahan mengantuk sebab tengok perlawanan bolasepak. Atau dalam bahasa mudahnya ‘demam bola’.
2. Ada yang hilang duit sebab berjudi sebab pasukan yang ditaruhkan kalah. Bila takde duit maka berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini berlaku..3
.Belanja pasti bertambah. Bukan sekadar bil elektrik bertambah tapi makanan ringan juga perlu ditambah. Takkan tengok tv tak makan kan..
4. Makin ramai yang akan memakai jersi pasukan kesayangan masing-masing. Kalau pergi ke tempat awam pasti terdapat ramai yang bergaya dengan jersi terutama kalau pasukan sedang menang. Tapi kalau kalah, memang dibaling dalam almari le..
5. Penuh kawasan tayangan bolasepak di layar. Bagi penduduk Melaka, saya dimaklumkan bahawa akan dibentangkan layar untuk menyaksikan bolasepak secara langsung di MITC. Layanlah kalau rajin..
6. Bagi yang memiliki pasangan kaki bola (biasanya lelaki) pasti bengang sebab aktiviti bersama mungkin dikurangkan..
Nampaknya..banyak impact negative dari yang positif..apapun impaknya abang2 dan kakak2 yang asyik melayan bola...solat jangan tinggal....anak2 jangan lupa diberi makan...cari rezeki jangan diputuskan.....kerana hidup kita mestilah ada matlamat dan apa yang kita buat mestilah nampak hasilnya....
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 7:22 AM 2 YANG MELAPORKAN
Sunday, May 16, 2010
Terima Kasih Guru
Dialah pemberi paling setia
Dialah Ibu dialah bapa juga sahabat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu, guruku
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 8:54 AM 3 YANG MELAPORKAN
Saturday, May 15, 2010
Hadif Now 1 Month 16 Days
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 5:16 PM 0 YANG MELAPORKAN
Friday, May 14, 2010
Cepatnya masa berlalu
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 8:38 PM 1 YANG MELAPORKAN
Monday, May 10, 2010
AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...
LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atasibunya dan sekiranya dia tidak menjalankterutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? an tanggung jawabnya maka dosa baginya
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagisuami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa- dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.
WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahidkecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggung jawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun diaberperi-peri memberikanalasan untuk membela diri "
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 12:26 AM 0 YANG MELAPORKAN
Sunday, May 9, 2010
HARI APAKAH ANDA DILAHIRKAN
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 11:57 PM 0 YANG MELAPORKAN
Labels: Apapun keadaan, terpulang kepada individu itu sendiri
Friday, May 7, 2010
Ibu..aku sayang kamu....
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 11:49 PM 0 YANG MELAPORKAN
Mencari syurga yang hakiki
ABu Hurairah r.a bertanya:
Di dalam syurga ada pasar
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 11:31 PM 0 YANG MELAPORKAN
Friday, April 23, 2010
Tentang Aku....
Rahsia Sifat Tarikh Lahir Norazlindah Ialah:
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur dan ramah adalah modal utama...nya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 2:11 AM 1 YANG MELAPORKAN
Wednesday, April 21, 2010
Salar De Uyuni
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sekadar berkongsi keindahan alam.
Salar De Uyuni terletak di Bolivia dan kawasan ini dikatakan ’cermin’ yang paling besar di dunia kerana sifat pantulan yang ada padanya. Kawasan ni juga dikatakan tempat di mana sempadan bumi dan langit bersambung/bertemu sebab seakan tiada garisan sempadan di antara bumi dan langit(kalau tgk gambar).
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 12:31 AM
Sunday, April 18, 2010
Wan Muhamad Hadif Firdaus
DIILHAMKAN OLEH LYNDA MHD SHAH pada waktu 8:03 PM