? ??????????????Miss Daisy? ????? ?? ???Rating: 4.6 (10 Ratings)??30 Grabs Today. 14199 Total Grabs. ?????
?Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????We could Be Dreaming? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??23 Grabs Today. 4092 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, May 16, 2010

Terima Kasih Guru


Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi..
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa
Dialah Ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan menjadi hikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulamak yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibukota
Di bangunan tua sekolah hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat ‘cikgu’ kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
(
Usman Awang 1979)

Saturday, May 15, 2010

Hadif Now 1 Month 16 Days

Baby Hadif masuk dah 1 bulan 16 hari..Since dia lahir Alhamdulillah Hadif tak ada banyak perangai..Bila dia bangun, masuk tangan dalam mulut, maka tandanya nak susu....kalau dia muncungkan bibirnya tandanya dia nak bermain di rocking chair dia...Harap-harap baby Hadif selalulah macam ni..senang mama nak kerja nanti....
HADIF IMPROVEMENT :
1. Dah mengenali mama dia..bila mama panggil "Hadiff...." mata dan kepala dia tercari2 mana datangnya suara mama berbanding orang lain memanggilnya..
2. Hadif ada puting.....bila time susu...mama kata " Hadif...susu sayang.." Hadif tolak puting tu keluar dari mulutnya.....
3. Hadif marah kalau kakak dan abangnya suka buat bising. Dia akan mengeluarkan suara yang kuat bila keadaan jadi bising sangat...hahahaha

Friday, May 14, 2010

Cepatnya masa berlalu


Aku rasa masa berjalan cepat sangat..mana taknya..sekejap je rasa dah nak kena kerja..hakikatnya MC aku untuk maternity sampai 29 May ni..tapi memandangkan kerja 2 yang dekat office tu pending banyak sngat..lebih2 lagi proses audit for year 2009 tak start pon lagi...documentation tak settle...filing berterabur....banyak director part yang nak kena clearkan supaya audit tak banyak tanya...maka kepala ni tak boleh duduk tenang kat rumah..aku terpaksa masuk kerja awal 9 hari. Lagipun banyak kerja-kerja aku terpaksa dibuat oleh staff aku sedangkan kerja dia pon banyak lagi nak kena settel...menyusahkan orang pulak aku rasa....

Kalau ikutkan hati nak aku sambung cuti lagi..bila tengok wajah Hadif yang comel sangat tuh tak sampai hati nak hantar kat nursery.. Aku berdoa supaya ALLAH pelihara anak-anak aku...Bila menghitung hari..esok lastla aku boleh berpoya2 dengan blog dan facebook aku...lepas ni akibat kesibukan dekat pejabat (tu tak masuk gangguan bos lagi)...pasti facebook , blog dan emel aku bersawang dibuatnya... Tapi, aku harap boleh jengah semua tu..yelah..dah dekat 2 bulan aku selalu mengaktifkan diri..rasa dah sayang lak kat teknologi tu...

Buat masa ni mungkin abang kenala hantar dan ambil aku kerja..maklumlah baby masih kecil..takut nak letak di baby car seat...rasa cam tak confident..tapi kalu abang ada hal yang urgent...aku kenalah drive sendiri....

Hari ni dengan esok kenalah pulun buat kerja rumah..segala2 nye kerna rapi sebelum start kerja..dulu belum ada baby balik kerja sempat catch up apa yang patut..ni dah ada baby..balik kerja masa lebih pack...nak makan pon kadang2 jadik tak sempat..so, abang kalu mama balik kerja tak sempat masak best2 macam dulu jangan marah ye.....

Okla...nak sambung melaksanakan tugas rumah sementara baby Hadif tidur lena...

Monday, May 10, 2010

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atasibunya dan sekiranya dia tidak menjalankterutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? an tanggung jawabnya maka dosa baginya


Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagisuami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa- dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahidkecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggung jawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun diaberperi-peri memberikanalasan untuk membela diri "

Sunday, May 9, 2010

HARI APAKAH ANDA DILAHIRKAN

ISNIN
Bersikap jujur, tidak mudah menggelabah, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan.
Ramai teman lelaki dan wanita menyukainya.
Mudah memberi pertolongan, berusaha kuat,teliti dan pandai menguruskan kewangan.
Jika marah berapi2 dan menakutkan,jarang mengaku kalah dalam pertengkaran.
Dalam percintaan, kesetiaan tak berbelah bahagi dan sedia berkorban.
SELASA
Suka mencari salah orang lain dan berpotense menduakan suami.
Pertuturan lembut dan pandai mengambil hati.
Apabila tidak sukakan seseorang sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan.
Mudah mengaku kalah dan meminta pertolongan orang lain.
Pandai simpan rahsia.
Berjimat dan tidak kedekut.
Rajin bekerja dan ada tanggungjawab.
Suka dipuji
RABU
Suka berdendam.
Pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan menghargai orang.
Suka mementingkan diri dan temannya.
Berfikiran terbuka dan tak pandai simpan rahsia.
Hatinya keras dan sukar dipujuk.
Pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit.
Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.
KHAMIS
Suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat dan bersikap agresif.
Rajin dan tekun berusaha.
Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami.
Hati tidak tetap mudah terpedaya dengan pujuk rayu.
Pandai mengurus kewangan.
JUMAAT
Tabiatnya berani menentang suami.
Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka perkara merbahaya.
Bersemangat waja, pandai simpan rahsia.
Dalam kewangan besikap boros dan tidak pandai menyimpan.
Cintanya sejati dan tidak berubah.
SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar kanak-kanak.
Tegas pendirian, cerdas pemikiran dan teliti dalam banyak hal.
Tidak pernah berasa puas suka berkorban apa saja demi cita-cita.
Apabila bercinta, suka menyelidik latar belakang pasangan.
Akur dan mengikut perintah suami.
AHAD
Suka kemewahan dan menunjuk-nunjuk.
Apbila besuami taat
Suka merendah-rendahkan kawan.
Tidak suka mendegar nasihat dan mudah terpedaya dengan kata-kata.
Suka mengkritik oorang.
Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan rajin bekerja.

Friday, May 7, 2010

Ibu..aku sayang kamu....



Assalamualaikum Ibu ku

aku tau hari ini kau merindui aku

Ibu,salam kesejahteraan buat Mu

anak mu ini kesepian disini

disaat mega senja menyapaanak mu ini

membilang jasa2 mu

makanya hingga ufuk subuhtidak termampu olih ku

mentafsir budi Muterlalu banyak Ibu

Ibu

kasih sayang mu aku disini

Ibu berkat usaha mu aku begini

Allah saja yang tahu perasaan Ibu

Ibu kini kau tidak berdaya lagiujian Allah untuk ibu....sabar

Ibuujian Allah untuk kita....sabar ibu

Alhamdulillah....ada sinar reda di rona matamu

Alhamdulillah....ada runut pasrah diair mata mu

Alhamdulillah....ada kasih sayang pada renungan muIbu....

ampunkan dosa ku

Ibu....

relakan pemberian mu

Aku sentiasa mengharapkan kebahagian Mu

Aku merindui Mu disini

Aku masih punya saorang Ibu

Ada syurga dibawah tapak kaki ibuIbu................

Mencari syurga yang hakiki


ABu Hurairah r.a bertanya:
Ya Rasulullah dari apakah syurga itu?
Jawabnya: Dari air.
Kami Bertanya: Beritakan ttg bangunan syurga!
Jawabnya yang bermaksud:" Satu bata dari emas dan satu bata dari perak
dan lantainya kasturi yang semerbak harum
tanahnya dari za`faran,kerikilnya mutiara dan vakul
siapa yang masuk dalamnya...
senang tidak susah
kekal tidak mati, tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya..."
Anas b Malik r.a berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Di dalam syurga ada pasar
Tapi tidak ada jual beli
Orang berkumpul membicarakan keadaan ketika di dunia
Dan cara beribadat
Bagaimana keadaan antara si fakir dengan si kaya
Dan bagaimana keadaan sesudah mati dan lama
Binasa dalam kubur sampai ke syurga...........