Setelah 9 tahun, akhirnya puteri sulong mama (kanan) pergi jua menemui penciptanya atas penyakit kritikal yang tiada lagi penawar...namun mama tahu apa yang berlaku adalah sesuatu yang terbaik yang telah Allah tetapkan untukmu...mama di sini akan terus mengingati dan menyayangimu sehingga kita bertemu kembali di alam mu sekarang...
Kaklong....
Maafkan mama sekiranya selama pengisian hidupmu tidak dapat mama tunaikan segala permintaan mu...kerana mama juga manusia biasa punya kekurangan dalam sestengah perkara..dan maafkan mama kerana tidak dapat membelaimu sepenuh nya kerana kita berjauhan....
Kaklong...
Bila sampai tika kau meninggalkan mama, perasaan kesal tidak henti2 menghantui diri mama kerana jika mama tahu ini kesudahannya mama akan lakukan yang lebih baik dari sekrang...namun, mama tahu hidupmu sekarang lebih baik dan dikelilingi kesenangan yang amat bahagia seprti yg selalu kau impikan....
Kaklong...
Sejak pemergian kaklong..hidup mam hilang ceria dan semangat...namun akan mama kuatkan hati untk adik2 mu yang lain nak...mama harap kaklong tunggu mama ye...insyaAllah jika cukup amalan dan kebajikan jumpa lah kita di syurga....
Al fatihah buat arwah puteri mama " WAN NURAINI NABILAH" yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 16December2010 jam 03.55 petang di PPUKM........