? ??????????????Miss Daisy? ????? ?? ???Rating: 4.6 (10 Ratings)??30 Grabs Today. 14199 Total Grabs. ?????
?Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????We could Be Dreaming? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??23 Grabs Today. 4092 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, September 29, 2011

PESTA KONVO

27 hb baru ni, berkesempatan untuk gi lepak2 kat majlis konvo UKM kat Bangi...masa tu ada konsert Sofaz dan al -maulid....nak dekat tgk pon tak boleh, Hadif kecut perut kuat sgt bunyi speakernya...haha....kebetulan member asben ada buka booth jualan asam jeruk kat situ dan asben adalah tumpang produk dia...kemeriahan taklah meriah sgt..kira parking pon taklah berebut...mungkin konvo ni utk student master, aku pon tak berapa tau sbb aku bukan study kat sini...nak pegi sgt pesta ni sbb dah kat 10 tahun tak pergi...sambil2 bawa anak2 tgk bior ada semangat nak belajar jadik cendikiawan...aminnn....

Gerai baju pon tak ada rasa nak membeli
(dari kiri: MIL, BIL, Dr Radzani, Asben )


ni la booth yg jadik idaman bdk 2 org ni...


naeimi npk tinggi..silap2 djh 6 mendongak mama tgk dia nti...


kurang sopan tol makan tepi jalan....haha


::Moral of the story : ambil lah masa bersama keluarga utk sentiasa harmoni dan bahagia.....::

Monday, September 26, 2011

~ I Love My Work Station ~



Memandangkan boss 2 hari outstation, maka hari ni aku amek peluang untuk kemas kembur segala benda dalam bilik aku...sejak pindah sini memang dapat kemas sikit2...tambah keja yang makin banyak..tender bertubi2...lesen2 yang semua nak renew online, submit manual...erghhh memang melecehkan....nak tak nak sebelum segala binatang duduk menternak dalam bilik ni..ada baiknya aku mengemas dan membuang apa yang tak patut....lenguh jugak pinggang aku dibuatnya....

::inilah motto keje saya::


:: wajah arwah kaklong sentiasa di mana2::



:: teddy ms cukur jambul hadif...bunga ros tu hadiah naeimi on mothers day;;
::drawer ni baru aku beli utk simpan audit report::


::nota belakang tu reminder keje aku yang pending...hiks. ::


:: ni sebahagian file di bawah aku seorang buat kerja ::

:: inilah meja simple aku...kdg2 sampai berdentum jatuh brg2 ke bawah..heheh::



:: tak kire lah mcm mana simplenya tempat kita bekerja, yang penting hati kita ikhlas menunaikan tanggungjawab yang telah diberikan ::

Sunday, September 25, 2011

....DOA BUAT SUAMI.....









DOA SEORANG ISTERI BUAT SUAMI




Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insane

Ya Allah Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha Hanya padaMu
Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..