? ??????????????Miss Daisy? ????? ?? ???Rating: 4.6 (10 Ratings)??30 Grabs Today. 14199 Total Grabs. ?????
?Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????We could Be Dreaming? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??23 Grabs Today. 4092 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, December 29, 2011

TENTANG DHIA

SINOPSIS TENTANG DHIA

Tentang Dhia mengisahkan Dhia (Nora Danish), yang berdiri di antara dua lelaki yang sangat dikasihinya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda), yang mengganggap dirinya lebih anggun dan sesuai.

Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustafa), dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang yang berbeza. Hanya memikul tugas sebagai seorang kerani biasa, Azmi yang merupakan anak seorang Imam di kampung tersebut disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, seorang jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan luar negara merupakan teman rapat Dhia sejak kecil lagi.

Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melangsungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan di dalam kesedihan dan kekecewaan.

Namun, hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan untuk redha dengan apa yang berlaku. Melly mengambil kesempatan ini untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia di dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi, ‘jerat’ yang dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.

Cerita selanjutnya dah pon tamat semalam......

Kami anak beranak tak miss tgk cerita ni..bukan kata yang besar, baby hadif pon terngangan melihatnya....aduhai....tapi ending dia bad jugakla....tak de kesudahan untuk pembalasan pada yang buat jahat kat Dhia...yelah, namanya cerita Tentang Dhia kan......











Tuesday, December 27, 2011

DOA SEBELUM DAN HABIS BEKERJA

Kadang-kadang kita tak sedar...datang je ke pejabat...duduk di tempat terus bukak PC dan lakukan kerja-kerja yang perlu disiapkan....kadang2 cukup dengan kalimah Bismillah...tapi sebenarnya ada doa untuk mula dan akhir kerja kita...mari sama2 amalkan semoga kerja kita sepanjang hari sentiasa diberkati Allah SWT....


Doa Mula Kerja



Maksudnya:
Ya Allah. Aku memohon padaMu kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya, dan aku berlindung pada Mu daripada keburukan pekerjaan ini dan segala keburukan yang ada di dalamnya. Sesungguhnya di atas segala sesuatu itu Engkaulah yang maha berkuasa menentukannya



Doa Habis Kerja


Maksudnya:
Ya Allah. Aku serahkan pada MU pekerjaan ku dan jiwa raga ku, dan aku bertawakkal kepada Engkau ya Allah.

InsyaAllah..yang penting Nawaitu kita sepanjang menjalankan tugas.....

Amin Ya Rabbal Alamin

Friday, December 16, 2011

SETAHUN BERLALU ANAK MAMA DI SYURGA ALLAH

Dan kemudian, akhirnya aku tersedar
Segala yang selalu diperkatakan dianggarkan
Akhirnya berlaku sekelip mata
Hanya tuhan Maha Mengetahui betapa hati aku tatkala itu

Ianya terlalu menyedihkan..
Jiwa kami remuk berkecai
Melihat wajahnya sayu dan matanya terkatup tidak lagi terbuka
Untuk melihat wajah mama dan abah yang selalu disebut2 di bibirnya

Malam pemergiannya
Aku memeluk dan memegang erat jarinya yang tidak lagi bergerak
Sehingga ke pagi hening subuh
Dia terus kaku terkulai..
Cuma harapan mengharapkan sesuatu yang terbaik dari ALLAH
takungan airmata kami yang sekian lama terbeku terurai..
kerana akhirnya segala ungkaian terjawab…

Jiwa kami ketika itu kian kosong, Dada semakin ketat dan sesak...
Dan akhirnya retak menjadi kepingan tajam bak mutiara kecil..

Hati bergelut untuk mendengar suara halus dan kecil...
Dan kemudian...aku berbisik :

“Mama rindukan kaklong…tapi mama redha pemergianmu nak..pergilah ke syurga Jannah yang telah disediakan Allah buatmu dan tunggu la kehadiran mama untuk kekal bersamamu di sana ye nak….”

Ini adalah perjalanannya....dan ini adalah perjalanan terakhirnya.
Berjalan tanpa jejak... hanya untuk seketika....
Tapi...nasibnya, takdirNya...dan suratanNya.... itulah yang pasti.

Inilah takdir hidup ku…namun ku terima dengan tabah dan penuh redha kerana aku sendiri tidak pasti berapa lama untuk terus menghuni di bumi Allah ini

Sabarlah wahai ibu.

Al-Fatihah.
Buat mu puteri mama: Wan Nuraini Nabilah
Perginya buat selama-lamanya 16 Disember 2010,325 petang……

Wednesday, December 14, 2011

PETUA MELEMBUTKAN HATI ANAK2


Sebagai seorang ibu saya ingin berkongsi dengan semua sahabat2 yang juga seorang ibu/bakal ibu satu info yang diperolehi dari sumber Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah.. Beliau share tips untuk anak soleh/solehah..

Yang pertama sekali ibu bapa perlu selalu +ve.. Kne slalu berdoa yg anak mereka ni baik, soleh.. Tak jahat atau nakal.. Kata2 itukan satu doa.. So, slalu la berkata yg baik ttg anak2 kita..

Di samping itu, ibu & ayah kene slalu amalkan 4 surah ni.. Mase anak tgh tidur, pegang kepala mereka & bacakan ayat2 ni:

1) Al-Fatihah
2) Ayat Kursi
3) Alam Nashrah
4) Surah Taha (Ayat 1-5)

Lepas tu, doa di ubun kepala anak2 supaya menjadi anak soleh/solehah..

Beliau juga bgtau, anak2 jadi nakal kerana diet/makanan yg mereka ambil terlalu memberi rangsangan -ve kepada mereka.. Jadi, kene elakkan:

1) Daging merah - lembu/kambing
2) Jajan-jajan yg mengandungi banyak perisa

Banyakkan makan:

1) Buah-buahan sebelum makan nasi - ada vitamin c untuk kurangkan rangsangan -ve
2) Sayur-sayuran
3) Daging putih - ikan/ayam




InsyaAllah jom kita amalkan untuk sama2 membina anak2 kita menjadi soleh dan solehah....