? ??????????????Miss Daisy? ????? ?? ???Rating: 4.6 (10 Ratings)??30 Grabs Today. 14199 Total Grabs. ?????
?Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????We could Be Dreaming? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??23 Grabs Today. 4092 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, December 22, 2010

Al Fatihah Buat Puteri Mama

Setelah 9 tahun, akhirnya puteri sulong mama (kanan) pergi jua menemui penciptanya atas penyakit kritikal yang tiada lagi penawar...namun mama tahu apa yang berlaku adalah sesuatu yang terbaik yang telah Allah tetapkan untukmu...mama di sini akan terus mengingati dan menyayangimu sehingga kita bertemu kembali di alam mu sekarang...
Kaklong....
Maafkan mama sekiranya selama pengisian hidupmu tidak dapat mama tunaikan segala permintaan mu...kerana mama juga manusia biasa punya kekurangan dalam sestengah perkara..dan maafkan mama kerana tidak dapat membelaimu sepenuh nya kerana kita berjauhan....
Kaklong...
Bila sampai tika kau meninggalkan mama, perasaan kesal tidak henti2 menghantui diri mama kerana jika mama tahu ini kesudahannya mama akan lakukan yang lebih baik dari sekrang...namun, mama tahu hidupmu sekarang lebih baik dan dikelilingi kesenangan yang amat bahagia seprti yg selalu kau impikan....
Kaklong...
Sejak pemergian kaklong..hidup mam hilang ceria dan semangat...namun akan mama kuatkan hati untk adik2 mu yang lain nak...mama harap kaklong tunggu mama ye...insyaAllah jika cukup amalan dan kebajikan jumpa lah kita di syurga....
Al fatihah buat arwah puteri mama " WAN NURAINI NABILAH" yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 16December2010 jam 03.55 petang di PPUKM........

Friday, November 5, 2010

AQUARIA TIME!!

AQUARIA............












Wednesday, August 18, 2010

Bakul Mengkuang For Raya Gift

Tahun ni boss aku mintak aku ngan staff aku buat sendiri Hari Raya Gift untuk all our customer...mampukah kami ni? Garu kepala jugak la kami ni....hihih...tapi dengan kerja keras dan idea yang cuba diperah2..at last dapat jugak kami menyiapkan gift yang x seberapa ini...tapi isi kandungannya boleh tahan dan berbaloi jika dibandingkan jika beli diluar....







Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan ....Kau Kembali.....


Ya Allah...kau berikan ku kekuatan dan ketabahan melalui kehidupan yang semakin mencabar..kau berikan ku kesabaran dalam segala ujian yang kau berikan untukku meneruskan hidup...dan kau panjangkan usiaku dan kurniakan ku kesihatan untuk bertemu lagi bulan mulia Ramadhan...Ya Allah..berilah aku keberkatan di bulan Mu yang mulia ini..dan berilah aku kemurahan rezeki Mu dalam keluargaku dan sesungguhnya hanya pada Mu tempat ku meminta dan pada Mu tempat memohon.....berilah aku ya Allah kesihatan untuk aku terus beribadah kepada Mu.....



Nota layang:

Semua rakan2 salam ramadhan..............................

Majlis Cukur Jambul Baby Hadif

Alhamdulillah...bersyukur sangat, akhirnya majlis yang diharapkan tercapai jugak....Thanks to olz yng terlibat dalam penat lelah membantu dalam menjayakan majlis baby Hadif ku ini....



Friday, August 6, 2010

My dreams Teddy ....

Alhamdulillah...finally i got my dreams...."bunga telur teddy bear"..seronoknya rasa....trend baru masa kini...majlis cukur jambul guna teddy bear..tak lama lagi trend bunga telur semakin pupus...ni semua gara2 Erra Fazira punye ceremony la ni....apapun thanks pada Miza di http://gift4gifted.blogspot.com yang sempat buat untuk aku wp dalam masa yang singkat...tq miza...tq miza....so malam ni bertolak la kami ke kg untuk majlis cukur jambul baby Hadif malam ni....doakan kami selamat ye.....





Thursday, August 5, 2010

Bunga Telur Teddy Buatan Sendiri

Sempena nak buat majlis cukur jambul baby Hadif, aku ada order 50 bunga telur teddy...tapi macam tak cukup...so, dengan idea member aku + idea aku aku pon mereka cipta bunga telur teddy sendiri..nasib baik kat minlon ada jual teddy ready dengan lidi dia sekali....tgklah hasilnya...boleh la bagi kat budak2.....




Tuesday, June 22, 2010

Perkembangan bayi 2-3 bulan



umur 2 bulan
Ia sudah bisa miring ke kanan dan ke kiri. Ia sudah dapat membedakan muka dan suara. Dengan matanya, ia dapat mengikuti gerakan benda yang terletak di dekat matanya. Ia dapat memegang benda yang diberikan selama beberapa detik, dan melepaskannya kembali. Ia dapat meminta perhatian dengan menggerakkan lengan dan kakinya. Dan ia akan menghisap setiap benda yang dipegangnya.

umur 3 bulan
Ia dapat mengangkat kepala dan tubuhnya jika diletakkan dalam posisi tengkurap. Memegang mainan dengan kedua tangannya. Ia melihat kesana-kemari, dan ia akan mencoba mencari suara atau musik jika mendengarnya. Ia dapat duduk dalam beberapa waktu jika ditunjang. Ia menegakkan kepalanya ketika didudukkan, dan menangis jika ditinggal

Monday, June 21, 2010

Baby Hadif Nak Masuk 3 Bulan....

Pejam celik pejam celik..kejap jer baby Hadif nak masuk 3 bulan...dalam berapa minggu ye..dalam 2 minggu je lagi..genap 30 june genaplah baby Hadif berusia 3 bulan...hidup mama pula tak berhenti2 dengan kerja yang takde penyudahnya,,sampai ahad pon terpakasa tinggalkan Hadif dengan abah..Tq ye abah kerana paham dengan situasi mama...maklumlah 2 bulan tinggalkan office berlambaklah kerja yang tertangguh, tapi Alhamdulillah aku boleh hadapinya dengan tenang....barulah kerja boleh settle dengan proper..heheheh.... nak ber online di office berapa saat jer boleh jengah facebook dan email...kat rumah bila Hadif mood ok..bolehlah layan...kalu tak..offline jugak....







Friday, June 11, 2010

Bola Dah Mula..........

Nampaknya musim demam bola dah pun bermula...nampak gaya penuhla ruang makan kedai2 mamak...mana2 kedai dan rumah asyik dengan bunyian Goal!!!!.....Banyak impak yang boleh kite tengok akibat musim bola ni....

Antaranya ialah :-
1. Pastinya doktor-doktor akan didatangi oleh pekerja-pekerja yang meminta MC. Kononnya demam, tapi sebenarnya tak leh tahan mengantuk sebab tengok perlawanan bolasepak. Atau dalam bahasa mudahnya ‘demam bola’.

2. Ada yang hilang duit sebab berjudi sebab pasukan yang ditaruhkan kalah. Bila takde duit maka berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini berlaku..3

.Belanja pasti bertambah. Bukan sekadar bil elektrik bertambah tapi makanan ringan juga perlu ditambah. Takkan tengok tv tak makan kan..

4. Makin ramai yang akan memakai jersi pasukan kesayangan masing-masing. Kalau pergi ke tempat awam pasti terdapat ramai yang bergaya dengan jersi terutama kalau pasukan sedang menang. Tapi kalau kalah, memang dibaling dalam almari le..

5. Penuh kawasan tayangan bolasepak di layar. Bagi penduduk Melaka, saya dimaklumkan bahawa akan dibentangkan layar untuk menyaksikan bolasepak secara langsung di MITC. Layanlah kalau rajin..

6. Bagi yang memiliki pasangan kaki bola (biasanya lelaki) pasti bengang sebab aktiviti bersama mungkin dikurangkan..

Nampaknya..banyak impact negative dari yang positif..apapun impaknya abang2 dan kakak2 yang asyik melayan bola...solat jangan tinggal....anak2 jangan lupa diberi makan...cari rezeki jangan diputuskan.....kerana hidup kita mestilah ada matlamat dan apa yang kita buat mestilah nampak hasilnya....