? ??????????????Miss Daisy? ????? ?? ???Rating: 4.6 (10 Ratings)??30 Grabs Today. 14199 Total Grabs. ?????
?Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????We could Be Dreaming? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??23 Grabs Today. 4092 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, September 25, 2009

Selamat Hari Raya Semua!!


Sempena bulan yang penuh kemuliaan ini saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" dan maaf zahir dan batin...Semoga Allah panjangkan usia kita untuk bertemu lagi di Ramadhan dan Syawal akan datang..InsyaAllah........

Saturday, August 29, 2009

It` My Birthday

Hari ni birthday aku...Walaupun hubby takde kat sini..aku tetap meraikan bdey aku dengan doa semoga kami sentiasa bahagia dan hidup dirahmati Allah...Thanks pada teman2 di yang wish birthday kat facebook dan ada gak teman yang bagi gift tanda ingatan..sungguh terharu...

Thursday, August 27, 2009

KECANTIKAN LELAKI & KEGAGAHAN WANITA

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang baik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan YangAda pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...

Dan dimana Kegagahan Wanita???
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, makasesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
WallahualamOrang yg baik adalah org yg pernah melakukan kesalahan & belajar dari kesalahan itu untuk menjadi org yg lebih baik....

Tuesday, August 25, 2009

Adakah....

Semalam aku terima satu berita...tapi aku sendiri tak tau samada berita tu gembira buat aku atau tidak..samada aku dah bersedia ke belum...aku termenung sekejap..menitis air mata yang tak tau apa maknanya...Tapi apapun aku kena terima apa yang Allah bagi...semua yang terjadi mungkin ada hikmah sebaliknya...Aku berdoa lepas solat supaya aku boleh menerima nya dan lari dari hati yang berfikiran tidak baik. Tapi kadang-kadang aku takut ia datang dengan ujian yang aku tak sangka. Aku terus sms abang..Abang happy sangat2...lepas sahur tadi abang terus call dari sana...dia bersyukur sangat dan dia kata tak sabar nak jumpa aku. Abang nasihat supaya aku terima dengan redha semua pemberian Allah...Ya Allah tabahkan hatiku di bulan mu yang mulia ini. Dan berilah aku kekuatan untuk menerima segala2 nya dari Mu...

Monday, August 24, 2009

Sian Mama...

Hari ni anak2 aku sumer kat kg. Maklumlah cuti sekolah...yang aku bawa balik ke KL cuma yang boy hensem tu jelah..(Faiz)..yang ni takleh tinggal kat orang lain lama2...Maunyer dia cari aku sampai tgh malam..tak tido plak mak abah aku nanti...Mak pun dah balik kg lepas seminggu teman aku kat sini..So hari ni aku startla berbuka puasa dan bersahur sendirian sementara menanti abang pulang selasa depan...InsyaAllah....Pergi pasar Ramadhan tak banyak yang aku beli..modal dalam RM 10 jer...tak tau la nak beli apa..aku fikir2 masak jelah...

Nilah sambal sotong yang aku masak...


Kuah kari daging ni beli kat PARAM BTHO


Desert pilihan hari ni

Menu Buka puasa hari ni(aii cam banyak jer)

Sunday, August 23, 2009

2 Ramadhan yang shahdu

Pagi 2 Ramadhan aku termenung sorang2 di lama umah mak abah...teringat saper lagi? kat laki la........huwaaaaaaaa....lambatnya masa berjalan..dari awal subuh cuaca sejuk sangat.. dok lepak kat luar pon tgok langit mendung jer....suka sangar cuaca macam ni..tenang je...tapi bila ujan lebat turun susah la plak aku nak gi copink...



Saturday, August 22, 2009

Berbuka Di Hari Pertama Puasa

Hari pertama puasa,mak masak macam-macam masa berbuka hari pertama tuh...memang lepas makan rasa tak larat nak bawa perut..Tak ikut sunnah betul aku nih..Yelah, aku mengecat hari ni jadi tahap keupayaan berpuasa aku tuh jadi lemah betul.

hmm......

Budak yang puasa 1/2 hari mengalah yang puasa sehari