? ??????????????Miss Daisy? ????? ?? ???Rating: 4.6 (10 Ratings)??30 Grabs Today. 14199 Total Grabs. ?????
?Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????We could Be Dreaming? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??23 Grabs Today. 4092 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, August 29, 2009

It` My Birthday

Hari ni birthday aku...Walaupun hubby takde kat sini..aku tetap meraikan bdey aku dengan doa semoga kami sentiasa bahagia dan hidup dirahmati Allah...Thanks pada teman2 di yang wish birthday kat facebook dan ada gak teman yang bagi gift tanda ingatan..sungguh terharu...

Thursday, August 27, 2009

KECANTIKAN LELAKI & KEGAGAHAN WANITA

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang baik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan YangAda pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki...

Dan dimana Kegagahan Wanita???
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, makasesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
WallahualamOrang yg baik adalah org yg pernah melakukan kesalahan & belajar dari kesalahan itu untuk menjadi org yg lebih baik....

Sunday, August 23, 2009

2 Ramadhan yang shahdu

Pagi 2 Ramadhan aku termenung sorang2 di lama umah mak abah...teringat saper lagi? kat laki la........huwaaaaaaaa....lambatnya masa berjalan..dari awal subuh cuaca sejuk sangat.. dok lepak kat luar pon tgok langit mendung jer....suka sangar cuaca macam ni..tenang je...tapi bila ujan lebat turun susah la plak aku nak gi copink...



Saturday, August 22, 2009

Kerja Mengecat

Lepas subuh aku sempat mengaji dalam 2 mukasurat alquran. Azamnya nak khatam bacaan Quran dalam bulan pose ni...InsyaAllah jika masa mengizinkan. Siang hari aku tengok bilik aku makin suram ceiling nya..maklumla since abah renovate umah siket tahun 1990 takde apa2 yang aku buat untuk bilik aku. Bila diskus ngan mak aku plan nak cat balik ceiling bilik aku. Kaklong pon memang lama nak aku cat bilik aku tu kaler pink..aduh...jenuh la bulan2 pose nak buat keje mengecat nihhh....so aku bawak mak g kedai hardware yang ada kat area kg aku..so aku pon mula la beli bahan2 yang nak kena ada...aku pilih KCC paint untuk cat bilik aku tuh....

Proses Nak cat
Ceiling yang separuh cat...
90% siap
Dah siap....


Abang dah sampai Madinah...

Fesly..selamat berpuasa di hari pertama buat semua teman2...pagi tadi sahur simple2 jer..tapi tak makan banyak..separuh nasi pon tak habis..maybe fes day sahur...

Alhamdulillah..syukur pada Allah jam 1030malam tadi (530 petang saudi) malam ni aku terima sms dari abang. Akhirnya abang yang bertolak dari Jordan dah selamat sampai di Hotel Madinah setelah bersabar dengan ujian Allah di Jeddah Airport. Semua jemaah mengalami kesesakan di lapangan terbang Jeddah termasuk abang yang makan masa hingga 12 jam..Bayangkanlah berapa lama terpaksa semua jemaah bersabar. Semua ni disebabkan oleh system imigresen yang tiba-2 offline 2 hari lepas dan pemeriksaan terpaksa dijalankan secara manual. Jemaah yang hadir bukan saja dari Malaysia malah satu pelusuk dunia. Semua ni ujian Allah pada hambanya untuk melihat kesabaran mereka sebelum memasuki bulan Ramadhan. Malam ni malam pertama Ramadhan hadir..dan malam pertama berterawikh....Esok dah mula berpuasa..Abang akan berpuasa kemudian jika dilihat pada waktu jarak masa yang lewat 5 jam. Apapun doa aku semoga Allah memudahkan urusannya di sana dan memberi kesabaran untuk abang terus beribadah dengan penuh ketaqwaan...

Nilah flight abang dari Jordan ke Jeddah (Royal Jordan Airlines)
Nilah pemandangan dalam airport jeddah

Friday, August 21, 2009

Kelebihan Solat Tarawikh

KELEBIHAN SOLAT TERAWIH
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama-Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua-Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga-Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat-Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima-Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam-Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh-Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

Welcome Ramadhan

Hati dan lidah mengucap dan mengukir penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana hari ini aku masih diberi peluang dipanjangkan umur untuk bertemu kembali bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Air mata memang tak boleh nak tahan, dada jadi sebak bila dengar pengumuman Ramadhan yang akan menjelma sehari lagi. Mungkin sebab suami ku yang jauh di Tanah Suci untuk menunaikan ibadahnya...dan mungkin lahir keinsafan sebagai hamba Allah. Macamana aku nak puasa tanpa abang di sisi? Macamana waktu sahur aku agaknya. Dan bagaimana santapan aku untuk waktu berbuka pula? Aku sering menghitung waktu dan hari untuk menanti kepulangan abang. Walaupun 15 hari tapi aku rasakan macam setahun.
Kepada semua member2 blogger , rakan2 facebook dan semua yang mengenali diri aku, aku mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf atas segala silap lidah dan bahasa yang mungkin telah menyinggung perasaan kalian. Semoga Allah memberkati segala amalan kita di bulan Ramadhan ini..

Untuk suamiku...semoga Ibadahmu di Tanah Suci Diberkati Allah..Dan Aku menanti kepulanganmu untuk sama2 menunaikan puasa...

Thursday, August 20, 2009

Renungan Ramadhan.....

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.

3. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
4. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.

Wednesday, August 19, 2009

Abang Di Jordan...

Hari ni abang email kat aku schedule perjalanan dia di Jordan sebelum berangkat ke Madinah malam ni :-
1.Laut Mati (bahasa Ibrani: ים המלח; bahasa Arab: البحر الميت‎)
Merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Pantainya berada di kedudukan serendah 418 m di bawah aras laut, kedudukan terendah di atas daratan,[2] dan juga tasik masin yang terdalam, sedalam 330 m. Airnya mempunya kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan hampir 30 % [3]. Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh kerana itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya dan kapal tidak boleh berlayar di atas permukaannya. Tasin ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.
2.Ashabul Kahfi
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke:
pandu arah, gelintar
Kisah Ashabul Kahfi (bahasa Arab: أصحاب الكهف‎) merupakan suatu kisah benar mengenai tujuh orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun beberapa ratus tahun kemudian.

Kisah dalam Islam
Kisah Ashabul Kahfi dikatakan berlaku di sekitar suatu tempat yang kini digelar
Gunung Pion (Mt. of Pion). Di sana terletak sebuah gua yang diberi nama Gua Tujuh Orang Peradu (The Cave Of The Seven Sleepers) yang terletak di Efesus (Ephesus), Turki. Kisah tersebut telah berlaku sekitar lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Berkenaan dengan sejarah itu, Allah telah menerangkan kisah yang terjadi terhadap peradu-peradu itu dalam al-Quran. Kisah itu dikatakan berlaku di tempat berkenaan pada zaman pemerintahan Maharaja Dikyanus (Decius) sekitar tahun 249 sehingga 251 Masihi. Manakala peristiwa itu berakhir 309 tahun kemudian dan mula menjadi buah mulut masyarakat dunia khususnya kepada penganut agama Kristian dan Islam setelah terjaganya peradu-peradu beriman itu dari tidurnya pada zaman pemerintahan Maharaja Theodosius II yang beragama Nasrani (Kristian) sehinggalah sekarang. Pada zaman Theodosius itu, setelah berakhirnya peristiwa ajaib itu, sebuah tempat ibadah (Gereja Nasrani) dahulu telah pun dibina.
Firman Allah dalam Al-Quran:
"(Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)".
"Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya".
"Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji; siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu)".
"Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah dan petunjuk".


3. kubur para sahabat nabi

Tuesday, August 18, 2009

Hilang selera

Sejak hubby g umrah semalam selera makan pon kurang. Perut lapar macam tahap apa pon tak tau...Lepas abang sampai Bangkok malam tadi untuk transit Ke Amman, Jordan abang ada main2 sms ngan aku..rasa happy sangat..Tapi abang kata mahal SmS Antarabangs mahal..baru 5 kali dah kena potong RM10....Huh...mahal sungguh...tapi takpe...sekadar kabar berita pon dah memadai sebenarnya. Petang tadi aku nampak abang on YM. Apa lagi cepat2 ah aku chatting ngan abang. Abang pakai laptop Usamah (anak BIL) yang study kat Jordan. Rupa2nya abang dah sampai Amman, Jordan pagi tadi. Masa aku chatting ngan abang masa tu waktu Malaysia 330 pm abang lak kat sana pukul 10 am. Jarak dalam 5 jam waktu Malaysia dengan Arab Saudi. Lama jugak dapat sembang ngan abang. Abang stay rumah sewa Usamah satu malam. Esok malam akan bertolak ke Madinah plak...Abang kata ada rezeki nak ajak aku ngan anak2 lak pergi sama..InsyaAllah ye bang...


Balik umah tak tau nak makan apa..Nasib baik mak ada kat sini lagi. Mak bagi idea untuk masak laksa untuk aku. Dia tau2 je peberet aku. Mak bising sebab aku tak selera makan. Tapi bila nampak laksa mak....huhuhuh..selera datang le plak...

Sempat beli jeruk kat Jusco..cam ngidam le plak ye

Laksa masakan mak..muahhh.....seddappp sangattt

Sunday, August 16, 2009

Selamat Jalan Hubby

Hari ni hubby dah berangkat pergi mengerjakan Umrah. Akhirnya impian hubbie selama ni tercapai...Syukur pada Allah yang telah memberikan rezeki Nya.. Pukul 1230 aku dan family bertolak ke KLIA. Kita orang janji jumpe kat Masjid KLIA. Hubbie gi ngan MIL dan BIL dia..kul 130 kami sampai kat masjid terus je solat Zuhur sementara menunggu yang lain2 sampai. Keluarga BIL sampai dekat kul 2...adalah 2-3 keluarga yang menghantarnya...taklah ramai sangat..maklumlah hari bekerja. Sepupu2 dan sahabat2 lain datang kat rumah je bagi meraikan mereka...Kul 3 hubbie dah cek-in...kita orang sempatla snap2 masa seblm dorang masuk ke departure hall...Masa hubbie dah start salam2 aku dah tak tahan air mata...sedih yang teramat sangat. Maklumlah 9 tahun kawen tak pernah kena tinggal lama..Hubbie salam aku last sekali lepas habis cium anak2. Aku peluk hubbie kuat2 sampai hubbie pon nangis sama ngan aku..sadis sangatla saat tu....Yang aku mampu hanyalah doa mengiringi perjalanan hubbie,MIL dan BIL...Anak aku Faiz yang umur 2 tahun lebih masih x mengerti apa2 hanya senyum tengok abah lambai tangan. Yang nampak sedih kaklong ngan kakngah(naemi) la.... Ya Allah..Kau Lindungilah Perjalanan Suamiku dan Keluarganya...Sesungguhnya hanya padamu aku memohon perlindungan dan pertolongan...Berkati dan rahmatilah ibadah Umrahnya serta berilah mereka kesihatan dan mudahkanlah segalah urusan mereka....amiiinnnn......


Hubby ngan Aku....

Sempat post masa nak solat zuhurAnak2
Hubbie cek in
Sebelum masuk....
Keluarga Hubbie

Hubbie nak gi dah....

Saturday, August 15, 2009

SERVICE KERETA

Huhuhuhu...masa aku post mende ni actually aku tengah dok melangok kat kedai Toyota Service Centre Balakong...punyalah lama...anto kete kul 1pm jangka siap kol 3-30 ke 4pm...huhuh...mampukah aku menanti saat ituh? So..i`ll call my hubby to pick up me and nak balik rumah dulu...Bila dah siap, dorang akan kol aku. Masa aku taip mende ni bukan guna laptop aku bukan guna broad band aku...(eksyen tuh) tapi guna internet corner yang memang dia dah serve kat centre dia nih..free......apa lagi layanlah apa yang patut...whatever pon..ingat2 lah orang lain nak pakai gak...yelah pc yang dia bagi ni pon 3 jer....sempat aku lari dan tangkap satu biji...sementara tunggu hubby datang mengutip aku yang semakin bosan kat sini......Huhu..bie cepatlah amek daku..bosannyaaaaaaaaaaaaaaaa..sempat lagi aku snap2 pic kat area service centre nih.......

Receiption corner

Nilah internet corner tuh..

Service room..Kete racing....
Waiting area...
Akhirnya siap gak pukul 330...tak jauh jarak masa hubby amek aku kat sini....huhuh..boleh balik..yeyeyeyeyey
Nile billnyeee

Thursday, August 13, 2009

H1N1

Berita tentang H1N1 makin serius. Tiap minit tak putus2 citer pasal mende ni...Apa yang dah jadi sekarang ni? Kematian makin meningkat...virus merebak melalui udara..tak boleh nak cakap apa...yang mampu kite buat cuma mengelakkan diri kite ngan family kite dari terdedah kepada orang ramai..sekarang ni anak2 pon dah tak berani kite nak bawa pergi shopping..kite sendiri pon nak beli barang beli apa yang patut je..tak de nak window2 shopping....kite kena ingat Allah dah bagi bala dan ujian kat negara kita...pada umat Islam banyakkan baca surah Al-Kahfi...dengan izin Allah dapat hindar dari segala penyakit....

Aku terima SMS pagi ni tentang cara hindar H1N1 :
"Sekarang mangsa selsema babi dah cecah 54 orang meninggal setakat ari ni. So, kita kena serius cegah bukan merawat aje. Antibodi badan kite hendaklah kuat mengikut amalan perubatan yang dirahsiakan oleh bangsa lain "MEMAKAN BAWANG PUTIH" sebanyak mungkin bersama makanan harian lain adalah antibodi terbaik untuk mencegah penularan ini Kita mesti serius sebab kenapa orang melayu yang ramai mati."

Dan ada satu http:// ohbayu.com...dia kata
" cara hindari H1N1 adalah dengan meminum air kelapa yang telah direndam dengan buah kurma selama 2 jam...Munasabah jugakla..sebab buah kurma kan penawar penyakit.."

Kita cubalah mana yang boleh bagi hindar penyakit ini...InsyaAllah....

Wednesday, August 12, 2009

Sukanya dia............

Malam tadi aku masak sup ikan merah...actually tak tau nak masak apa...tengoj stok lauk yang ada ikan merah, udang dan ayam...fikir nye fikir nak masak udang ...tapi memandangkan hubby aku yang alahan pada seafood akhir2 ni aku patahkan niat. Aku pon masak la sup ikan merah. Rasa seronok sangat bila anak2 aku makan... mana taknya bertambah2 nasi dia orang...Hubby pon sama...hai...seronok bila kita masak family makan sampai licin...nampakla kepakaran sikit..ceh! Jangan jadi macam iklan Sedap katTV tu dahla...

Nak Start Bagi Dorang Makan Nih!


Mula2 aku suapkan je...



Naemi nak makan sendiri lak

Faiz lak nak makan sendiri....


Licin.......Alhamdulillah.........

Tuesday, August 11, 2009

Pak Uteh....

Sabtu malam Ahad, family aku sajer2 jalan gi umah Pak Uteh aku di Parit Besar(orng muar panggil Parit besor..betul x..heheheh)...Kebetulan Angah anak Pak Uteh yang study kat Poly Tech Mara Cheras tumpang aku balik dari KL..so lepas lepak2 umah mak..makan2 lari jap ke Muar anto Angah..memang patut pon jupe Pak Uteh...baru2 ni dia kena sakit jantung...terperanjat la jugak...tak sangka pak uteh yang kuat kerja boleh kena sakit jantung...Malam tu jumpe pak uteh dia kata " Kalu aku mati, mak uteh ko janda kaya le..." sedih plak dengar...Pak Uteh ni bapa sedara aku yang paling rapat. Dia lah yang banyak bagi aku nasihat sejak aku kecik...Dia ni dah banyak lalu hidup susah sebelum dia senang. Tapi sebab kesungguhan dia dan hidup dia yang tak pernah abaikan ibadat pada Allah, akhirnya Allah bagi dia kesenangan melimpah ruah...Lyn doakan kesihatan Pak Uteh ye...semoga Allah bagi kesejahteraan pada Pak Uteh...



Monday, August 10, 2009

Ini Yang Selalu Terjadi......

CINTA :

(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N= nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.
Yang Seharusnya...........
C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

dialog ringkas:

Ani : "Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau Muda?"

Ena : " Surat warna Hijau Muda itu bererti "Aku Cinta Padamu"

Ani : "Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?"

Ena : "itu melambangkan Suasana Pilu"

Ani : "Kalau kertasnya berwarna Merah?"

Ena : "Asmara Yang Membara"

Ani : "Kalau kertasnya warna Putih?"

Ena: "Suci, Bersih dan Jujur "

Ani : "Kalau kertasnya Kuning?"

Ena: "Melambangkan Hati Yang Gersang"

Ani : "Kalau Merah Jambu?"

Ena: "Sedang Jatuh Cinta"

Ani : "Kalau kelabu?"

Ena : "Melambangkan Hati Yang Sedang sedih"

Ani : "Kalau kertasnya Hitam?"

Ena : "Itu namanya kertas karbon.. bodoh!

Friday, August 7, 2009

Selamat Tinggal Sayang...

Hati sayu dan sedih sebab terpaksa berpisah dengan dia...Hampir 2 tahun aku menjaga dan membela dengan penuh kasih sayang..akhirnya aku terpaksa akur dengan keadaan. Aku tidak dapat lagi meneruskan hidup bersamamu. Kerana kau telah menunjukkan ketidakselesaan kepada anak-anakku...Walaupun aku rasa sedih dan aku sudah punya pengganti yang baru, tapi aku tetap sayangkan kau.....Terima kasih kerana kau telah membawaku sejauh seberang laut )Singapore jer..) setinggi gunung (Cameron highland jer..) sehingga kau terpaksa menanggung kesakitan yang amat sangat.....Terima kasih sayang.........




Inilah pengganti dirimu...sayang..........(gambar sekadar hiasan..hiks)

Gather

Malam tadi ex-member masa study kat UPM datang rumah..happy sangat2..Reny dan Azy...dia orang lah kawan dan sahabat since masuk UPM tahun 1997..dari Diploma hinggalah tamat Ijazah...serumah sekereta dan sekolej....Bila 3 isteri ni bertemu gelak ketawa pecah sunyi kawasan rumah....mana taknya...habis kisah silam terkeluar....rasa macam nak re-union jumpa balik member serumah yang lagi 8 orang..tak tau mana pergi..yang ada pon zila dan jojo yang still ctc tapi susah nak jumpe...Aini..Kak Long...Eja...Bedot(jupe tapi lari2)....dan kakpah....tak tau apa cerita....Aku jamu dia orang makan Pizza jer..sorry la tak dapat nak snap2 malam tadi...coz borak nye pasal sampai lupa nak snap2...pic ni pon amek dari facebook...ye zi and reny...see u all next time ya...


Nilah Azy ngan hubby dia-EjayAzyatti yang maintain cunn


Reny vogue....Aina Anak Reny Pon datang....comeyy

Lain kali kite jumpe or gather2 jangan lupa snap2 ye....