? ??????????????Miss Daisy? ????? ?? ???Rating: 4.6 (10 Ratings)??30 Grabs Today. 14199 Total Grabs. ?????
?Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????We could Be Dreaming? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??23 Grabs Today. 4092 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, December 29, 2011

TENTANG DHIA

SINOPSIS TENTANG DHIA

Tentang Dhia mengisahkan Dhia (Nora Danish), yang berdiri di antara dua lelaki yang sangat dikasihinya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda), yang mengganggap dirinya lebih anggun dan sesuai.

Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustafa), dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang yang berbeza. Hanya memikul tugas sebagai seorang kerani biasa, Azmi yang merupakan anak seorang Imam di kampung tersebut disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, seorang jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan luar negara merupakan teman rapat Dhia sejak kecil lagi.

Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melangsungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan di dalam kesedihan dan kekecewaan.

Namun, hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan untuk redha dengan apa yang berlaku. Melly mengambil kesempatan ini untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia di dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi, ‘jerat’ yang dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.

Cerita selanjutnya dah pon tamat semalam......

Kami anak beranak tak miss tgk cerita ni..bukan kata yang besar, baby hadif pon terngangan melihatnya....aduhai....tapi ending dia bad jugakla....tak de kesudahan untuk pembalasan pada yang buat jahat kat Dhia...yelah, namanya cerita Tentang Dhia kan......











Tuesday, December 27, 2011

DOA SEBELUM DAN HABIS BEKERJA

Kadang-kadang kita tak sedar...datang je ke pejabat...duduk di tempat terus bukak PC dan lakukan kerja-kerja yang perlu disiapkan....kadang2 cukup dengan kalimah Bismillah...tapi sebenarnya ada doa untuk mula dan akhir kerja kita...mari sama2 amalkan semoga kerja kita sepanjang hari sentiasa diberkati Allah SWT....


Doa Mula Kerja



Maksudnya:
Ya Allah. Aku memohon padaMu kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya, dan aku berlindung pada Mu daripada keburukan pekerjaan ini dan segala keburukan yang ada di dalamnya. Sesungguhnya di atas segala sesuatu itu Engkaulah yang maha berkuasa menentukannya



Doa Habis Kerja


Maksudnya:
Ya Allah. Aku serahkan pada MU pekerjaan ku dan jiwa raga ku, dan aku bertawakkal kepada Engkau ya Allah.

InsyaAllah..yang penting Nawaitu kita sepanjang menjalankan tugas.....

Amin Ya Rabbal Alamin

Friday, December 16, 2011

SETAHUN BERLALU ANAK MAMA DI SYURGA ALLAH

Dan kemudian, akhirnya aku tersedar
Segala yang selalu diperkatakan dianggarkan
Akhirnya berlaku sekelip mata
Hanya tuhan Maha Mengetahui betapa hati aku tatkala itu

Ianya terlalu menyedihkan..
Jiwa kami remuk berkecai
Melihat wajahnya sayu dan matanya terkatup tidak lagi terbuka
Untuk melihat wajah mama dan abah yang selalu disebut2 di bibirnya

Malam pemergiannya
Aku memeluk dan memegang erat jarinya yang tidak lagi bergerak
Sehingga ke pagi hening subuh
Dia terus kaku terkulai..
Cuma harapan mengharapkan sesuatu yang terbaik dari ALLAH
takungan airmata kami yang sekian lama terbeku terurai..
kerana akhirnya segala ungkaian terjawab…

Jiwa kami ketika itu kian kosong, Dada semakin ketat dan sesak...
Dan akhirnya retak menjadi kepingan tajam bak mutiara kecil..

Hati bergelut untuk mendengar suara halus dan kecil...
Dan kemudian...aku berbisik :

“Mama rindukan kaklong…tapi mama redha pemergianmu nak..pergilah ke syurga Jannah yang telah disediakan Allah buatmu dan tunggu la kehadiran mama untuk kekal bersamamu di sana ye nak….”

Ini adalah perjalanannya....dan ini adalah perjalanan terakhirnya.
Berjalan tanpa jejak... hanya untuk seketika....
Tapi...nasibnya, takdirNya...dan suratanNya.... itulah yang pasti.

Inilah takdir hidup ku…namun ku terima dengan tabah dan penuh redha kerana aku sendiri tidak pasti berapa lama untuk terus menghuni di bumi Allah ini

Sabarlah wahai ibu.

Al-Fatihah.
Buat mu puteri mama: Wan Nuraini Nabilah
Perginya buat selama-lamanya 16 Disember 2010,325 petang……

Wednesday, December 14, 2011

PETUA MELEMBUTKAN HATI ANAK2


Sebagai seorang ibu saya ingin berkongsi dengan semua sahabat2 yang juga seorang ibu/bakal ibu satu info yang diperolehi dari sumber Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah.. Beliau share tips untuk anak soleh/solehah..

Yang pertama sekali ibu bapa perlu selalu +ve.. Kne slalu berdoa yg anak mereka ni baik, soleh.. Tak jahat atau nakal.. Kata2 itukan satu doa.. So, slalu la berkata yg baik ttg anak2 kita..

Di samping itu, ibu & ayah kene slalu amalkan 4 surah ni.. Mase anak tgh tidur, pegang kepala mereka & bacakan ayat2 ni:

1) Al-Fatihah
2) Ayat Kursi
3) Alam Nashrah
4) Surah Taha (Ayat 1-5)

Lepas tu, doa di ubun kepala anak2 supaya menjadi anak soleh/solehah..

Beliau juga bgtau, anak2 jadi nakal kerana diet/makanan yg mereka ambil terlalu memberi rangsangan -ve kepada mereka.. Jadi, kene elakkan:

1) Daging merah - lembu/kambing
2) Jajan-jajan yg mengandungi banyak perisa

Banyakkan makan:

1) Buah-buahan sebelum makan nasi - ada vitamin c untuk kurangkan rangsangan -ve
2) Sayur-sayuran
3) Daging putih - ikan/ayam




InsyaAllah jom kita amalkan untuk sama2 membina anak2 kita menjadi soleh dan solehah....

Monday, October 31, 2011

SUNGAI CONGKAK

Ahad baru ni keluarga asben plan utk buat family gathering @ Sungai Congkak, Hulu Langat...memang best gile..Alhamdulillah sepanjang kami di situ hujan x turun...menu masing2 memang best2....yang plg happening budak2 la...bila dah berjumpa sepupu sepapat...wahhh...bukan main suka lagi....Rasa2 next gathering nak buat kat Cameron Highland la..mesti lg best.....we all picnic kat situ dari 9 pagi sampailah 1 tghr....pagi2 air mcm air batu..ketaq habis kaki ni..belum badan lagi.....tapi budak2 bila dah rasa seronok..sejuk pon dah x kisah...ada tu sampai biru habis bibir....apapun...thanks to all asben family....ur are very sporting....meet u again....!!!


Neimi and her cousin...wawa comeyyy

Adik cengang tgk air sungaii..huhu
Adoi diikk...takut benor air nihh

nilah sebahagian asben family....blum semua..kalu semua mau lg penuhh

with cekna family......
with my 3 of 4......

Baby Hadif ni takut sgt dengan air..takpe...belajar ye dik....mama asyik bawak shopping je...salah sapa.....hehehehe

Tuesday, October 4, 2011

Aku cuba atasi hati yang terluka

Kenapa ye susah nya orang nak menjaga hati kita, sedangkan kita kalau boleh nak jaga hati orang supaya jangan mudah terluka dengan kita..mungkinkah sebab bila seseorang itu sudah punya segala-galanya, hilang segala duka dan lara maka kita dijadikan tempat berteduh sementara....itulah dikatakan manusia...tak semuanya sempurna..kita pun mungkin ada kekurangan yang mungkin disedari oleh orang lain tapi bukan diri kita sendiri....apa pun mungkin perasaan manusia akan hadir bila ada sifat-sifat yang tidak mahu kita wujudkan dalam diri kita selagi Allah beri kita bernafas dan sebelum Allah memberi ujian dalam sepanjang kita hidup di bumi Nya.....


Bukan kita hidup di dunia, senang dan senang selama-lamanya.. dan bukannya susah, susah selama2nya....itulah lumrah kehidupan kita di dunia....kita hanya bersifat sementara...baliklah kepada Allah kerana dia saja yang dapat membantu kita di dunia dan akhirat......


Allah memberi peringatan kepada manusia niat syaitan dalam firmannya "Dan Syaitan menghasut menyesatkan manusia dengan sesat sejauh-jauhnya .." (Surah An Nisa` Ayat 60)

Sifat itu bukan sekadar menambah dosa, malah mengurangkan himpunan pahala. Orang yang mengamalkan sifat dengki akan mengalami muflis di akhirat apabila kebaikan yang diperolehi melalui amalan lain binasa dek sifat dengki.....


Jadilah diri kita...jangan cuba jadi orang lain...terimalah keadaan yang Allah berikan kepada kita..jangan nak samakan dengan orang lain..kerana lahirnya kita di bumi sudah tertulis Qudrat dan Iradhat serta perjalanan hidup kita......percayalah kepada Allah..kerana segala baik buruk semuanya dari ALLAH SWT......

Thursday, September 29, 2011

PESTA KONVO

27 hb baru ni, berkesempatan untuk gi lepak2 kat majlis konvo UKM kat Bangi...masa tu ada konsert Sofaz dan al -maulid....nak dekat tgk pon tak boleh, Hadif kecut perut kuat sgt bunyi speakernya...haha....kebetulan member asben ada buka booth jualan asam jeruk kat situ dan asben adalah tumpang produk dia...kemeriahan taklah meriah sgt..kira parking pon taklah berebut...mungkin konvo ni utk student master, aku pon tak berapa tau sbb aku bukan study kat sini...nak pegi sgt pesta ni sbb dah kat 10 tahun tak pergi...sambil2 bawa anak2 tgk bior ada semangat nak belajar jadik cendikiawan...aminnn....

Gerai baju pon tak ada rasa nak membeli
(dari kiri: MIL, BIL, Dr Radzani, Asben )


ni la booth yg jadik idaman bdk 2 org ni...


naeimi npk tinggi..silap2 djh 6 mendongak mama tgk dia nti...


kurang sopan tol makan tepi jalan....haha


::Moral of the story : ambil lah masa bersama keluarga utk sentiasa harmoni dan bahagia.....::

Monday, September 26, 2011

~ I Love My Work Station ~



Memandangkan boss 2 hari outstation, maka hari ni aku amek peluang untuk kemas kembur segala benda dalam bilik aku...sejak pindah sini memang dapat kemas sikit2...tambah keja yang makin banyak..tender bertubi2...lesen2 yang semua nak renew online, submit manual...erghhh memang melecehkan....nak tak nak sebelum segala binatang duduk menternak dalam bilik ni..ada baiknya aku mengemas dan membuang apa yang tak patut....lenguh jugak pinggang aku dibuatnya....

::inilah motto keje saya::


:: wajah arwah kaklong sentiasa di mana2::



:: teddy ms cukur jambul hadif...bunga ros tu hadiah naeimi on mothers day;;
::drawer ni baru aku beli utk simpan audit report::


::nota belakang tu reminder keje aku yang pending...hiks. ::


:: ni sebahagian file di bawah aku seorang buat kerja ::

:: inilah meja simple aku...kdg2 sampai berdentum jatuh brg2 ke bawah..heheh::



:: tak kire lah mcm mana simplenya tempat kita bekerja, yang penting hati kita ikhlas menunaikan tanggungjawab yang telah diberikan ::

Sunday, September 25, 2011

....DOA BUAT SUAMI.....









DOA SEORANG ISTERI BUAT SUAMI




Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insane

Ya Allah Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha Hanya padaMu
Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Monday, July 25, 2011

ICE ROOM

Salam semua....kerana kesibukan yang melanda akhir2 ni tak sempat sangat nak update blog...Hari ni ambil kesempatan utk update blog Lyn sblm bersawang...heheh....cerita apa? Cerita pasal "ICE ROOM"....

Actually Lyn dh pernah pergi ice room dengan staff office...tapi kali ni Lyn nak asben dan anak2 lak rasa....masa ni anak Lyn no 3 ke rombongan tadika...memandangkan anak popuan no 2 dah tarik muncung sedepa sbb x dpt join Lyn ajaklah g ice room bfast di situ..kebetulan sblm tu pergi Manjaku Baby Centre tgk2 baju baru Baby Hadif yang montel itu....hehehe....kebetulan next to manja building tu ice room...apa lagi, menikmati ice cream di pagi hari..nasib en asben sporting...cayalah bie....lav u so muchh!!!! So layan jelah gambar2 di bawah ni utk inspirasi bagi sesapa yang teringin nak bfast di ice room satu hari nanti......Cheersss!!!!


Strawberry Snow Ice

Roasted Bread with butter & Kaya

Fun Fries


Mango Smoothies


Ish..baju mama ikut tema ice room laaa....haha


mana2 abah dpt tgk bola...hadif pon sama....ishhh


Sukanya dia.......banyak tol dia makan kat sini..sampai moncitt.....


Friday, July 1, 2011

Bersiaran Dari Putrajaya

Salam Semua, harap2 semuanya gembira dan ceria ye....macam saya....heeheh...wp ada kedukaan di dalam jiwa kita pendamkan dan banyak2 beristighfar kepada Allah kerana semuanya dtg dr Dia..betul x..


Entry Lyn ni sebenarnya kisah minggu lepas tapi memandangkan kerja office yang berlambak dan banyak kerja luar yg terpaksa diuruskan blog memblog ni terpaksa la ditangguhkan dahulu...nanti x siap pulak kerja marah pulak boss kang...


Ahad lepas kami ke Putrajaya (pade hal stay KL pon..saje..) utk bawa anak2 melapangkan fikiran dan melihat keindahan ciptaan Illahi....Kami sempat gak makan di Umai D Lake Cafe, ingatkan mahal..tapi murah...dan memang sedap...sampaikan en Hubby nak ajak makan selalu di situ sambil ambil angin....


S0 layan la gambar2 kami di bawah ni..yang kurang jelas..nak jelas kat FB la yer...hehehe



Amboi..makan laksa sampai muncung mulut abang oii


Mee grg kegemaran si Faiz Asyraaf

Mama Ngan Naeimi suka posing2 syok sendiri


naeimi pon layan mee grg jugakk...mama tumpang2 jelah




Aii mi, mcm nak ikut gaya Heliza Helmi jerk,.....:p



Wednesday, June 22, 2011

Hobi Baru Aku..

Hobi Baru Aku....Berbaloikah ??


Salam...pagi semua...ceriakan kehidupan hari ini ye...apa yang berlaku semalam jadikan pengajaran dan apa yang berlaku utk seterusnya jadikan pengalaman....hehehe....apa jua yang berlaku dalam hidup kita ini jadikan sesuatu yang positif utk kita meneruskan hidup...hidup di dunia ni sementara saja...esok lusa kita tak tahu adakah kita pula dipanggil oleh Nya..(tazkirah pagi sebelum menuju topik utama :)

Baru aku perasan baru2 ni aku punye hobi yang selama ni aku takda pon nak berhobi2 ni...hobi apa? " Mengumpul fridge magnet item" ... haha...nasib baikla anak2 aku ni jenis suka tengok dan bukan suka ambil dan di bawa main....kalau tak aku pun tak berani nak amalkan hobi baru ni....


Semalam aku ke klcc atas urusan kerja aku beli lagi sbb ada satu booth kat situ memang dia jual magnet item ni dan lawa2 pulak tu ... price biasa jer, bukanlah mahal sgt....





(Setakat ni ni yang aku dah kumpul ..yang kat atas punyer )


(ni lah magnet item baru aku beli semalam .. kosnya RM 28 utk semua tu :)

Tuesday, June 21, 2011

Rindunya Kami Tidak Terkata

AL- FATIHAH

Tatkala rindu datang menghampiri, tak dapat aku luahkan sejauhmana rasa rindunya pada anak mama...rasa hati ini dikorek2 dirobek2...ingin menangis dan meraung memanggil namamu kaklong...ingin rasa memeluk dan mencium mu kaklong....tapi, mama tau kaklong sekarang senang dan bergembira di atas sana....tiada lagi duka dan derita ditanggung dan membebani dirimu sayang....


Terasa hidup tidak sempurna bila kau tiada kini...rasanya raya yang bakal tiba nanti tidak lagi semeriah dulu...kerana apa yang mama buat dan beli utk meraikan semuanya berdasarkan permintaan kaklong....


Kenapa kaklong pergi? kenapa bukan mama yang menanggung nya?

Ya Allah , Tabahkan la hati kami ini.....kuatkanlah hambamu untuk menerima dugaan dariMU....


(Mama rindu senyumanmu)


(cincin ni naeimi jumpa dalam beg sekolah kaklong smlm..masa mama dpt cincin ni berjurai airmata x terkata..mama kucup dan kucup cincin kaklong seolah jejarimu ada di situ.....)

Friday, March 4, 2011

Happy Birhday My Boy - 4th

Happy 4th Birthday my boy...
(Wan Faiz Asyraaf)
* Semoga menjadi anak yang soleh untuk dunia & akhirat
* Semoga berjaya dalam hidup
*Semoga sentiasa mendekatkan diri kepada Allah
*Ingatlah anak...bekalan ibu dan ayahmu di hari mati esok adalah doamu sayang"

Faiz & Football Cake


Faiz Member's
Faiz And The Gang
Goodies for Kids
Muffin for the additional menu